| Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menggesa Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kair dan enam anggota exconya supaya melepaskan jawatan serta merta. Ini ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah. Nizar kini dalam perjalanan pulang untuk memohon menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Nizar perlu mendapatkan persetujuan baginda bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan pilihanraya negeri yang baru. Sementara itu, seorang pembantu Zambry memberitahu media bahawa BN Perak akan menghormati keputusan mahkamah dan akan segera mengosong pejabat mereka. Sementara itu, dalam reaksinya, pemimpin DAP, Lim Kit Siang memuji keputusan tersebut. Menurutnya, ini merupakan kali pertama mahkamah memulihkan keyakinan rakyat terhadap bidang kehakiman. Bagaimanapun, BN masih mempunyai kelebihan di Dewan Undangan Negeri. Manakala mahkamah tidak mengiktiraf pelantikan Zambry sebagai menteri, tetapi pelantikan Speaker baru DUN Perak, Datuk R Ganesan adalah masih sah. Ekoran itu, Ganesan boleh memanggil sidang khas DUN di mana usul tidak percaya oleh dikemukakan terhadap Nizar. Dengan sokongan '28 + 3' ADUN, berbanding 28 ADUN Pakatan, BN tidak menghadapi masalah untuk meluluskan usul tersebut. |
tagline
Monday, May 11, 2009
Malaysiakini.com : Nizar minta Zambry lepas jawatan MB
Malaysiakini.com : Anwar sambut 'ranting zaitun' Najib
| Datuk Seri Anwar Ibrahim harap perdana menteri jujur ingin menyelesaikan kemelut politik Perak dan tidak hanya bersandiwara setelah ia berlarutan lebih tiga bulan. "Namun, janganlah pula kesediaan ini dikhianati, di saat ranting zaitun (isyarat perdamaian) dihulurkan, pisau belati tajam sudah siap menikam! "Jikalau begitu sandiwara yang direncana, layak sahaja buah durian dibaling ke muka mereka yang menghulurkannya," kata ketua pembangkang di blognya hari ini.. Beliau mengulas kesediaan Datuk Seri Najib Razak menghulurkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat mengatasi kemelut tersebut, tetapi ia tidak sampai ke tahap membentuk kerajaan campuran. Kerjasama itu boleh diadakan dalam pelbagai bentuk termasuk melibatkan urusan pentadbiran kerajaan negeri. Perdana menteri memberikan reaksinya kepada kenyataan tokoh DAP Lim Kit Siang kelmarin yang sedia bekerjasama dengannya - cadangan pertemuan pemimpin BN dengan Pakatan Rakyat. Ahli parlimen Ipoh Timur dilaporkan berkata, perkara itu perlu diberikan perhatian segera supaya kemelut terbabit tidak berpanjangan sehingga menjejaskan pentadbiran negeri. Mengulas lanjut, Najib berkata, kemelut politik negeri itu tidak akan berlaku sekiranya semua pihak terutama pembangkang menghormati peraturan dan undang-undang negara. Tambahnya, tindakan pembangkang yang "menegakkan benang basah" menyebabkan timbul kekecohan seperti yang berlaku dalam sidang DUN, Khamis lalu. Anwar menambah, Pakatan Rakyat pasti menyambutnya dengan hati terbuka jika perlembagaan dan keluhuran undang-undang didaulatkan, termasuk menjamin kebebasan badan kehakiman. "Sudah pasti saya bersetuju dengan anjuran agar kita kembali merujuk undang-undang dan keluhuran semangat keperlembagaan bagi menyelesaikan kemelut di Perak," katanya. "Perlu diberi perhatian bila sahaja saranan kembali kepada kedaulatan undang-undang dikemukakan, sudah tentu rakyat mahu diyakinkan bahawa sistem kehakiman bebas daripada sebarang kongkongan politik penguasa, undang-undang kuku besi dimansuhkan dan tiada lagi sebarang gangguan terhadap mereka yang berbeda pendapat. "Jika ini tidak dipenuhi kerjasama yang ditawarkan umpama mencurah air di daun keladi." Mengulas kesediaan perdana menteri itu, Lim berkata ia sebagai reaksi "menyegarkan" yang datangnya daripada seorang pemimpin yang terlibat sendiri dalam krisis di Perak yang disifatkannya "masalah nasional dan antarabangsa bagi Malaysia." Tambahnya, beliau akan membawa kesediaan tersebut kepada pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memaklumkan perkara itu beberapa hari lagi. |
Malaysiakini.com : Nizar menteri besar sah Perak
| kemaskini 4.45pm Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu. Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan. Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian. Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah. Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut. Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu. Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar. Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut: (i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak; (ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan (iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak. "Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong. "Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu. Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang. Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu. |
Star Online : Nizar is the rightful MB of Perak – High Court
(The Star Online) - The High Court here ruled rule on Monday that Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin is the rightful Perak Mentri Besar, and not Barisan Nasional's Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. In his ruling, Justice Abdul Aziz Abd Rahim said that a mentri besar can only be dismissed by a vote of no confidence, and he upheld the Stephen Kalong Ningkan ruling. He noted that the Perak State Legislative did not hold a vote of no confidence. In 1966, Sarawak Chief Minister Datuk Stephen Kalong Ningkan was ousted when the state governor showed him a letter of no confidence issued by 21 out of 42 legislators and asked Ningkan to resign. Ningkan refused, saying the letters were not tantamount to a vote of no confidence in the state legislative assembly. He was sacked by the governor but eventually reinstated by the Borneo High Court, which saw the necessity of a formal vote of no confidence. According to the Nutgraph, the judge ruled ruled that the governor can only dismiss the chief minister when both these conditions are satisfied: (a) The chief minister has lost the confidence of the House, and (b) The chief minister has refused to resign and failed to advise a dissolution. Nizar had filed for a judicial review on Feb 13, seeking a declaration that he is the rightful mentri besar of Perak and an injunction to bar Dr Zambry from discharging his duties as the mentri besar. On March 6, Justice Lau Bee Lan had ruled that there were constitutional issues involving the interpretation of Article 16 (6) of the Perak Constitution and later referred four consitutional questions to the Federal Court for determination. However, on March 23, the Federal Court ruled that the case of who the rightful mentri besar is should be heard by the High Court. Nizar's lead counsel Sulaiman Abdullah, in wrapping up his submissions last week, said the Constitution was the "genius of the Malaysian people", adding that the court had a duty to uphold it. Over the last few days, he had submitted that the Sultan, while granted powers in the Perak Constitution to appoint a mentri besar, could not dismiss him. The only way Nizar could be dismissed, he said, was through a vote of no-confidence in the House. He also said that a mentri besar could request for the State Assembly to be dissolved in the middle of a term without losing the confidence of the majority of the House. Dr Zambry's lawyer Datuk Cecil Abraham, however, argued that Nizar went by Article 16(6) of the Perak Constitution when he sought an audience with the Sultan – this article specifically provides for the mentri besar to request for a dissolution when he has lost the confidence of the majority in the House. Under the article, Nizar is required to tender the resignation of his executive councillors when his request was rejected, he said. |
Malaysiakini.com : AG tidak boleh wakili Speaker - Karpal
Pengerusi DAP, Karpal Singh terkejutnya kerana Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, diwakili Peguam Negara dalam kes saman ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang digantung daripada menghadiri sidang dewan apabila didakwa mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Karpal mendakwa, tindakan Speaker tersebut telah mencemar reputasi dan membawa keaiban terhadap Dewan Rakyat."Maruah dan kehormatan dewan yang mulia mesti dipelihara setiap masa. Doktrin pengasingan kuasa di negara ini, dengan jelas melarang sebarang pelanggaran terhadap penggubal undang-undang (Dewan Rakyat) oleh pihak Eksekutif (kerajaan)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail seharusnya mengkaji semula kedudukannya sebagai pihak berkuasa yang mewakili Speaker dan Setiausaha Dewan Rakyat yang terbabit dalam saman tersebut. Gobind digantung tugas sebagai ahli parlimen selama setahun pada 16 Mac selepas mengaitkan timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.Usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz diluluskan melalui undi mulut selepas dibahas selama kira-kira 40 minit. Menurut Karpal lagi, Speaker telah tersilap tanggapan apabila memilih peguam negara untu mewakilinya dalam prosiding di mahkamah. "Artikel 145(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa peguam negara menjadi penasihat undang-undang kepada kerajaan sebagai eksekutif," katanya. Dengan mengambil kira doktrin pengasingan kuasa, katanya, Speaker tidak boleh melantik peguam negara, yang merupakan penasihat undang-undang kepada pihak eksekutif, untuk mewakilinya.Menurut Karpal, House of Common di United Kingdon melantik peguam sendiri, selaras dengan doktrin pengasingan kuasa tersebut. Seseorang Speaker, tegasnya, tidak boleh dan tidak harus ada obligasi kepada pihak eksektuif. Sehubungan itu, beliau menggesa Speaker supaya mendapatkan khidmat peguam yang dilantik oleh Dewan Rakyat. Di samping itu, tambahnya, peguam berkenaan juga tidak seharusnya ada kaitan dengan kerajaan ataupun pembangkang. "Begitu juga dengan setiausaha Dewan Rakyat - yang merupakan defenden ketiga - dalam saman tersebut, sepatutnya diwakili peguam yang dilantik oleh Dewan Rakyat, dan bukannya oleh peguam negara," kata Karpal. |
Malaysiakini.com : Kes SMS ugut, waran tangkap Ahmad Ramzi
| Waran tangkap dikeluarkan terhadap Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubi - bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh - kerana gagal tampil membantu siasatan berhubung SMS ugutan kepada tiga ADUN Umno bulan lepas. Sebelum ini, polis telah cuba mengesan bekas calon BN Marang itu di kediaman beliau di Terengganu dan Kuala Lumpur tetapi gagal. Ahmad Ramzi diminta menemui atau menghubungi pegawai penyiasat kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Terengganu, ASP Mohd Hadzwan Zulkefle di talian 09-62 46 222. Ahmad Ramzi kini bertugas sebagai pegawai khas Idris, sekarang pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara). Pada 13 April lepas, beberapa ADUN Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS , antaranya berbunyi "YB tak sayang nyawa?". Mesej ringkas itu kemudian dijadikan alasan mereka bertiga dan tujuh lagi ADUN Umno enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu keesokannya. Dalam siasatannya, polis telah menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun dari Seri Kembangan, Selangor, di Bandar Baru Bangi pada 20 April lepas, kerana disyaki menghantar SMS itu. Lelaki itu dibebaskan setelah ditahan reman selama tujuh hari. Sebelum ini dilaporkan polis telah mengambil keterangan daripada beberapa saksi berhubung kes itu dan hanya menunggu Ahmad Ramzi untuk tampil memberi keterangan. |
Sunday, May 10, 2009
TV Antara : Polis, FRU Ceroboh Sambutan Ke 10 PKR di Tasik Puteri, Rawang
(TV Antara) - Takutkan tsunami politik kedua selepas insiden keganasan polis di dalam Dewan Undangan Negeri Perak dua hari lalu, Barisan Nasional mengarahkan lebih 50 anggota polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan untuk menceroboh tapak sambutan ulangtahun ke 10 Parti Keadilan Rakyat di Tasik Puteri, Rawang serta membatalkan permit bagi mengadakan acara tersebut.
Majlis itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengasas Cawangan Tasik Puteri serta mendapat sokongan kerajaan negeri Selangor.
Mengikut aturcara sambutan, Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden Mustafa Kamil Ayub, Exco Selangor Yaakob sapari serta pimpinan Pakatan Rakyat dijangka hadir pada sebelah malam.
Program sambutan dijadualkan bermula pukul 2 petang dan lebih 10,000 penyokong Pakatan Rakyat dijangka membanjiri Tasik Puteri untuk bersama-sama memeriahkan lagi sambutan ulangtahun ke 10 PKR yang diasaskan pada April 1999.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulangtahun ke 10 PKR, Wan Jusoh Wan Kolok pihak polis telah meluluskan permit untuk mengadakan acara tersebut pada 5 Mei lalu tetapi telah membatalkannya atas alasan yang tidak munasabah.
"Dalam surat kepada kami polis mengatakan antara lain permit yang diperolehi tidak sepatutnya diluluskan oleh pegawai yang meluluskan permit tersebut.
"Kini mereka paksa kami pindahkan acara tersebut pada saat akhir ke stadium di Selayang dan ini merupakan satu bentuk penindasan dan kezaliman terhadapan kebebasan rakyat untuk mengadakan aktiviti sosial dan kegiatan politik.
"Mungkin mereka takut rakyat akan mendapat maklumat dan penjelasan daripada pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat mengenai keganasan polis dalam DUN Perak baru-baru ini," kata Wan Jusoh yang juga seorang tokoh reformis terkenal.
Tambah beliau anggota FRU yang muncul di tapak acara sambutan dengan diiringi anggota polis daripada IPD Gombak telah merampas bendera, kain rentang serta mengenakan sekatan jalan raya di kawasan sekitar Tasik Puteri menuju ke tempat di mana sambutan tersebut diadakan.
Anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang juga turut terlibat membuat rampasan dan menggagalkan acara tersebut walaupun ia mendapat dokongan kerajaan negeri.
Menurut salah seorang anggota penguatkuasa arahan telah dikeluarkan oleh Setiausaha MPS. Ini menimbulkan kesangsian sama ada MPS yang di bawah kuasa kerajaan negeri tidak menghormati dasar pemerintahan kerajaan negeri Pakatan rakyat tetapi sebaliknya lebih cenderung kepada Umno dan BN.
Peniaga yang telah siap sedia untuk memulakan perniagaan mereka juga telah diarahkan pulang dan hampir 50 gerai juga diarah tutup.
"Polis juga memberi amaran akan menangkap sesiapa sahaja termasuk pemimpin Pakatan rakyat sekiranya program sambutan ini diadakan juga.
"Rakyat di bawah pentadbiran Perdana Menteri baru lebih dahsyat menggunakan polis untuk tujuan politik Barisan Nasional," kata Wan Jusoh lagi.
Wan Jusoh berkata beliau dan jawatankuasa sambutan akan mengadakan satu sidang akhbar di Tasik Puteri pukul 5 petang untuk menjelaskan pembatalan sambutan itu.
Harakah : Dato' SUK Perak didakwa "dalang" kekecohan Dun
(Hrkh) - Setiausaha Kerajaan Negeri Perak didakwa menjadi dalang kepada kekecohan yang tercetus di Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei lalu, dakwa Adun Teja, Chang Lih Kang ketika dihubungi Harakah.
"Saya percaya dalang di sebalik kekecohan yang berlaku di Dun Perak baru-baru ini adalah Dato' SS(State Secretary) Dato' Abdul Rahman Hashim yang mengarahkan kakitangan kerajaan negeri berbuat demikian," katanya.
Beliau mendakwa Abdul Rahman meminta Setiausaha Dun memulakan dewan tanpa mempedulikan Speaker Dun, V.Sivakumar.
Chang juga menempelak laporan akhbar-akhbar arus perdana yang menuduh Adun-Adun Pakatan Rakyat yang menyebabkan kekecohan pada sidang Dun tersebut seterusnya mencemarkan kemuliaan dewan.
"Media arus perdana cuba memutarbelitkan fakta mengatakan bahawa Pakatan Rakyat yang mencetuskan pergaduhan dan bertindak secara biadap. Sedangkan kami tidak berbuat demikian sehinggalah pihak polis diarahkan masuk ke dewan berkenaan," tegasnya.
Beliau bagaimanapun membantah tindakan berkenaan dengan alasan anggota polis tidak mendapat kebenaran untuk memasuki dewan tersebut.
"Polis berkata mereka mendapat kebenaran Speaker tetapi bila saya tanya dia Speaker mana, dia kata Ganesan lalu saya pun membantahnya dengan menyatakan ianya tidak sah," katanya lagi.
Ketika diminta mengulas mengenai insiden pelantikan Speaker Dun yang baru, R.Ganesan beliau menegaskan perlantikan itu sebagai tidak sah.
"Hal itu disebabkan Speaker Dun masih lagi wujud sewaktu sidang tersebut kononnya cuba dikendalikan Timbalan Speaker, Hee Yit Foong daripada Sivakumar. Justeru, perlantikan itu tidak sah; malah sebelum itu kesemua mereka telah diarahkan keluar daripada dewan bererti segala apa yang berlaku tidak boleh diterima pakai," tegasnya.
Pada masa yang sama, Chang juga telah diarah meninggalkan dewan tersebut selepas bertengkar dengan Ganesan.
"Kesemua yang berlaku sekarang ini adalah tidak masuk akal seolah-olah BN bodoh dan tidak mengetahui selok belok prosedur serta undang-undang negeri," katanya.
Malah buat masa ini ujarnya, Pakatan Rakyat Perak telah membuat laporan polis mengenai rampasan kuasa ke atas speaker dan sidang Dun BN yang didakwa berstatus haram.Malaysiakini.com : Manoharan kekal ADUN Kota Alam Shah
Katanya, keputusan untuk kekal sebagai ADUN itu dibuat kerana mahu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di kawasannya yang terus menyokongnya.
"Saya akan memberi khidmat terbaik di kawasan saya dan memastikan mereka mendapat yang terbaik kerana selama ini mereka telah hilang 14 bulan perkhidmatan dan kehadiran saya di DUN Selangor," kata Manoharan ketika ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong, dekat sini semalam. Manoharan berkata sebelum ini beliau berhasrat meletakkan jawatan ADUN kerana rasa bersalah tidak dapat berkhidmat kepada penduduk yang diwakilinya, lapor Bernama.
Beliau berkata beliau ada menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 April lepas menyatakan hasrat itu.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti bagaimana perkara itu boleh bocor kepada umum.
Katanya sebelum ini beliau bercadang untuk mengumumkan hasratnya itu pada 19 Mei ini melalui Pengerusi DAP Karpal Singh.
Kepada soalan mengenai pembebasannya, beliau berkata, "Saya berterima kasih kepada kuasa rakyat".
Beliau juga berterima kasih kepada pengundi Kota Alam Shah yang bersabar menunggu 'kemunculannya'.
Manoharan adalah salah seorang daripada baki tiga pemimpin Hindraf yang dibebaskan semalam.
Beliau memenangi DUN Kota Alam Shah, pada pilihan raya umum lepas dengan majoriti 7,184 undi mengalahkan Ching Su Chen calon BN-Gerakan yang mendapat 5,515 undi.
Manoharan ditahan di bawah ISA pada Disember 2007.
Malaysiakini.com : M'sia minta penangkapan Mas Selamat dirahsiakan
Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata timbalannya Wong Kan Seng memberitahunya bahawa pihak berkuasa Malaysia telah menangkap Mas Selamat (ketua kumpulan militan Jemaah Islamiah yang disyaki) tetapi berita itu tidak boleh diumumkan, oleh kerana ia akan menjejas operasi susulan.
"Kan Seng beritahu saya bahawa pihak Malaysia telah meminta kami agar menyeyapkannya buat seketika," kata Lee dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.
Lee berkata beliau kemudian memberitahu timbalannya bahawa Singapura perlu menghormati permintaan Malaysia sekalipun beliau sedar rakyat Singapura begitu ingin tahu berita mengenainya.
Dipercayai kenyataan itu dikeluarkan selepas sesetengah rakyat Singapura menyatakan rasa khuatir dan kecewa berhubung sekatan berita mengenai penangkapan Mas Selamat, oleh pihak berkuasa tempatan yang hanya mengesahkannya secara rasmi selepas ini didedahkan oleh sebuah akhbar utama Singapura, The Straits Times.
Lee juga berkata ketika beliau mengadakan makan tengah hari empat mata dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib di Pattaya pada 11 April selepas mesyuarat ASEAN dibatalkan akibat tunjuk perasaan, Najib memberitahunya yang pihak berkuasa Malaysia telah menangkap Mas Selamat.
Lee berkata beliau memberitahu Najib bahawa beliau telah diberitahu mengenai penangkapan itu lebih awal, dan mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana sokongan dan bantuannya.
"Saya kata masalah keganasan menjejas kedua-dua negara kita. Kumpulan JI terus aktif di rantau ini, dan kita mesti bekerjasama rapat bagi menentang mereka serta kumpulan lain seumpama itu," kata Lee kepada Najib.
Beliau juga memberitahu Najib bahawa beliau amat menghargai kerjasama rapat dan kepercayaan antara ISD dengan rakan Malaysia, Cawangan Khas.
Lee berkata beliau senang hati dan merasa lega Mas Selamat telah ditemui dan ditangkap sebelum beliau sempat mencetuskan sebarang bahaya.
Karpal mendakwa, tindakan Speaker tersebut telah mencemar reputasi dan membawa keaiban terhadap Dewan Rakyat.
Gobind
Dengan mengambil kira doktrin pengasingan kuasa, katanya, Speaker tidak boleh melantik peguam negara, yang merupakan penasihat undang-undang kepada pihak eksekutif, untuk mewakilinya.