tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, May 11, 2009

Malaysiakini.com : AG tidak boleh wakili Speaker - Karpal

Pengerusi DAP, Karpal Singh terkejutnya kerana Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, diwakili Peguam Negara dalam kes saman ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang digantung daripada menghadiri sidang dewan apabila didakwa mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

karpal singhKarpal mendakwa, tindakan Speaker tersebut telah mencemar reputasi dan membawa keaiban terhadap Dewan Rakyat.

"Maruah dan kehormatan dewan yang mulia mesti dipelihara setiap masa. Doktrin pengasingan kuasa di negara ini, dengan jelas melarang sebarang pelanggaran terhadap penggubal undang-undang (Dewan Rakyat) oleh pihak Eksekutif (kerajaan)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail seharusnya mengkaji semula kedudukannya sebagai pihak berkuasa yang mewakili Speaker dan Setiausaha Dewan Rakyat yang terbabit dalam saman tersebut.

gobind singh deoGobind digantung tugas sebagai ahli parlimen selama setahun pada 16 Mac selepas mengaitkan timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz diluluskan melalui undi mulut selepas dibahas selama kira-kira 40 minit.

Menurut Karpal lagi, Speaker telah tersilap tanggapan apabila memilih peguam negara untu mewakilinya dalam prosiding di mahkamah.

"Artikel 145(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa peguam negara menjadi penasihat undang-undang kepada kerajaan sebagai eksekutif," katanya.

parliament speaker pandikar aminDengan mengambil kira doktrin pengasingan kuasa, katanya, Speaker tidak boleh melantik peguam negara, yang merupakan penasihat undang-undang kepada pihak eksekutif, untuk mewakilinya.

Menurut Karpal, House of Common di United Kingdon melantik peguam sendiri, selaras dengan doktrin pengasingan kuasa tersebut.

Seseorang Speaker, tegasnya, tidak boleh dan tidak harus ada obligasi kepada pihak eksektuif.

Sehubungan itu, beliau menggesa Speaker supaya mendapatkan khidmat peguam yang dilantik oleh Dewan Rakyat.

Di samping itu, tambahnya, peguam berkenaan juga tidak seharusnya ada kaitan dengan kerajaan ataupun pembangkang.

"Begitu juga dengan setiausaha Dewan Rakyat - yang merupakan defenden ketiga - dalam saman tersebut, sepatutnya diwakili peguam yang dilantik oleh Dewan Rakyat, dan bukannya oleh peguam negara," kata Karpal.

No comments: