Calon bebas, Aminah Abdullah yang mendakwa ditawarkan sogokan oleh PKR supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, mendapat gelaran 'Minah Ronggeng' daripada Naib Presiden PKR, Azmin Ali.![]() Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak mempermain-mainkan Aminah dan berulangkali memanggilnya 'Minah Ronggeng', kerana mendakwa PKR menawarkan jawatan timbalan ketua menteri (TKM) jika beliau (Aminah) memenangi pilihanraya kecil itu.. "Mengapa PKR mahu menawarkan kepada seorang seperti Minah Ronggeng jawatan TKM? Mengapa kita hendak tawarkan kepadanya sedangkan kita ada seorang bekas profesor sebagai calon kita?" soalnya. Oleh itu, katanya, 'Minah Ronggeng' tersebut perlu mencerminkan mukanya terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan tidak masuk akal seperti itu. Kira-kira 1,000 orang penduduk di Kubang Ulu menghadiri ceramah tersebut. Pilihanraya kecil Penanti Ahad depan menyaksikan pertandingan antara calon PKR yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dari PKR dan tiga calon bebas - Aminah, Nai Khan Ari Nai Keow Kamarul Ramizu Idris. ![]() Beliau juga mendakwa, kedua-dua pemimpin PKR itu menawarkan jawatan TKM jika beliau (Aminah) tetap bertanding dan memenangi pilihanraya kecil tersebut. Aminah juga telah memberi bukti dalam bentuk foto dan rakaman audio kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menyokongnya laporannya. |
tagline
Wednesday, May 27, 2009
Malaysiakini.com : Azmin gelar calon bebas 'Minah Ronggeng'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment