Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan anggota exconya telah mengosongkan pejabat mereka petang ini.![]() Sebelum ini, Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir meminta Nizar menghormati keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonannya untuk menangguh keputusan mahkamah tinggi semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah. Selepas mahkamah tinggi membuat keputusan itu semalam, Pakatan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK. Bercakap kepada pemberita di Ipoh, Zambry berkata, beliau menghormati keputusan mahkamah dan mahu meneruskan tugasnya sebagai menteri besar. |
tagline
Tuesday, May 12, 2009
Malaysiakini.com : Nizar, exconya pula kosongkan pejabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment