tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, May 11, 2009

Malaysiakini.com : Kes SMS ugut, waran tangkap Ahmad Ramzi

Waran tangkap dikeluarkan terhadap Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubi - bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh - kerana gagal tampil membantu siasatan berhubung SMS ugutan kepada tiga ADUN Umno bulan lepas.

Sebelum ini, polis telah cuba mengesan bekas calon BN Marang itu di kediaman beliau di Terengganu dan Kuala Lumpur tetapi gagal.

Ahmad Ramzi diminta menemui atau menghubungi pegawai penyiasat kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Terengganu, ASP Mohd Hadzwan Zulkefle di talian 09-62 46 222.

Ahmad Ramzi kini bertugas sebagai pegawai khas Idris, sekarang pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Pada 13 April lepas, beberapa ADUN Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS , antaranya berbunyi "YB tak sayang nyawa?".

Mesej ringkas itu kemudian dijadikan alasan mereka bertiga dan tujuh lagi ADUN Umno enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu keesokannya.

Dalam siasatannya, polis telah menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun dari Seri Kembangan, Selangor, di Bandar Baru Bangi pada 20 April lepas, kerana disyaki menghantar SMS itu.

Lelaki itu dibebaskan setelah ditahan reman selama tujuh hari.

Sebelum ini dilaporkan polis telah mengambil keterangan daripada beberapa saksi berhubung kes itu dan hanya menunggu Ahmad Ramzi untuk tampil memberi keterangan.

No comments: