tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Thursday, October 8, 2009

Anggota Tentera yang hadir pengistiharan Bandar Tentera Darat dibayar RM300 seorang.

Menurut Brigadier Jeneral (B) Arshad beliau dimaklumkan bahawa anggota tentera yang hadir semasa majlis pengisytiharan Bandar Tentera Darat oleh Perdana Menteri mendapat RM 300 setiap seorang.

Kalau tentera hadir sekejap majlis bersama PM di Bagan Pinang boleh dapat RM 300 , orang awam , orang kampung di Bagan Pinang dapat berapa ? Yang mendirikan bilik gerakan, Yang merempit dengan bendera BN, Yang gantung bendera pula dapat berapa ?

ayat di copy dari.. PAS N9.

Ini adalah artikel beliau sepenuhnya..

BAGAN PINANG AND PROMOTION IN THE ARMY

I had an interesting discourse with a number of friends who were my colleagues in the military; some retired and a few others still in the service. I had just wanted to hear from them their views regarding the political landscape surrounding the by-elections in Bagan Pinang where all parties says that the postal votes will be crucial in determining which party wins or loses.

Besides the by-elections, I also wanted to confirm the much talked about Army leadership changes that is expected to occur soon upon the retirement of the incumbent Army Chief.

What I have heard wasn't too pleasing to my ears because the leadership changes subsequent to the retirement of the Army Chief is said to be mired in controversy, i.e. one that is not based on merit, seniority, competency, etc etc; but is based on the factor of 'I know him better than others'. In other words, there is a scheming plan to promote certain preferred individuals who will supposedly will act as their business proxies when the incumbent leader retires from the service. This to me is incredulous, but the murmurs are obvious around the corridors of the Department of Army, as well as outside the military circles. What is unbelievable is that such murmurs are openly being debated among junior officers who now thinks that cronies now lurks even in this honourable profession.

When discussing the by-elections in Bagan Pinang, someone showed me an invitation card for the Anniversary Celebration of the 2nd Armoured Regiment at Sungala Camp, Port Dickson held on October 5th 2009. The invitees includes top army commanders and some notable UMNO politicians who have all decided to make their way to Port Dickson for the function.

I tried to reason out why was there a need for such 'luminaries' to attend just a simple regimental function, where the main host ought rightly be the Commanding Officer (CO) himself. If at all the CO wants to extend an invitation to someone of a higher rank, it could have been just the Brigade Commander. But in this instant, there were too 'many stars' from Kuala Lumpur, and some ministers who were guests to the function that was organised too close to a by-election. Now, this smells fishy!

I do not know if this was sheer coincidence, but my intuition tells me that it wasn't. It certainly has the by-election as the primary reason, and please prove me wrong for such reasoning. If my intuition is right, then I only have to blame the star studded army officers for their utter ignorance and failure not to understand and recognised the sensitivities of having too many ministers attending a simple regimental function that is organised a few days prior to a by-election, and is held in the constituency of Bagan Pinang. Or are the star studded army officers dancing to the tune of the honourable UMNO ministers? And please forgive me if I and many others perceive the aforesaid to be true.

Now, with regards to the proposed change of the army leadership, I am told that the plan had began back in 2005. Some of the preferred officers were promoted in double quick time, ahead of those who already have the seniority. But for some unknown reason, these officers who already have an edge in seniority are being left in a lurch, and are bewildered as to why have they have been by-passed in the promotion exercise. This is indeed an unhealthy trend that has also created groups within the army heirachy, i.e. one that is favoured and forms the inner circle by the leadership, and the others being left on the periphery. It is believed that the factor of clan is also a criteria to determine who forms the grouping. This is simply outrageous.

As I was writing this posting, I received a call from Port Dickson to confirm that the people who attend the recent function where PM Najib had announce the renaming of Port Dickson as the Army Town had received an envelope containing cash worth RM300. How fortunate are these people to be receiving such largesse from our generous PM, and if only I knew, I wouldn't mind lining up among the mass to receive the cash that is more than sufficient to pay off my petrol expenses.

Just imagine, if there were just 500 people attending, what would be the total payout, and if it were 1000 people, just times that by two. What generosity?

Malaysiakini.com : PAS dakwa BN cuba rasuah tentera

Pemuda PAS hari ini mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN.

Menurut rakaman tersebut lagi, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000 untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED.

Di kem tentera tersebut, menurut PAS, seramai 847 pemilih pos layak membuang undi.

Bagaimanapun parti itu tidak menjelaskan jumlah kehadiran tentera di majlis tersebut dan sama ada keraian itu khusus diadakan untuk anggota di kem IJED sahaja.

PAS sebelum ini menyatakan ia mempunyai "mata-mata" di kalangan anggota-anggota tentera untuk memantau kempen BN di kem-kem pasukan keselamatan itu.

Rakaman tersebut dimainkan dan diedarkan kepada wartawan dalam sidang media Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pagi ini.

Ketika rakaman kira-kira sepuluh minit itu dimainkan, timbul kelucuan di kalangan petugas media apabila Nasrudin secara berseloroh berkata: "(Janji tersebut) macam Santa Claus".

Naib ketua dewan itu SabkyYusuf, setiausaha Kamaruzaman Mohamad dan ketua penerangan Suhaizan Kaiat, yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, turut hadir.

Nasrudin berkata, perbuatan Zahid dan Mohamad jelas melanggar peruntukan dalam Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya, berkaitan larangan menyogok pengundi secara langsung atau tidak langsung.

"Dan pihak Pemuda PAS akan membuat laporan kepada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan kita membatalkan keputusan pilihan raya sekiranya (keputusan pengundian) berpihak kepada BN," katanya.

Ditanya bila laporan itu akan dibuat, Nasrudin berkata, aduan kepada polis dijangka dibuat pada 6 petang ini di ibu pejabat polis Port Dicskson.

Sementara aduan kepada SPRM, tambahnya, akan dibuat segera. "SPR pula, tiap-tiap hari kita jumpa," kata Nasrudin.

Beliau menegaskan lagi jaminan Pemuda PAS untuk menyediakan khidmat guaman percuma kepada tentera jika dikenakan tindakan kerana mengundi calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pada Ahad ini.

"Setakat ini, kita terima maklumat, ada tentera yang menerima risalah, yang kita edarkan di sekitar kem, dipanggil dan diambil namanya," jelasnya.

Dengan penuh yakin, Nasrudin berkata, dewan itu kini mampu mengesan sebarang manipulasi undi pos sekiranya berlaku dan tidak akan teragak-agak menyaman pihak yang terbabit.

"Kita kini sejengkal di depan dan sejengkal di belakang," tambahnya.

Pembuangan undi pos, selama tiga hari, bermula pagi ini di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson.

Sebanyak 4,571 tentera termasuk dalam sejumlah besar pemilih pos (4,620 orang) daripada keseluruhan 13,664 yang layak membuang undi di Bagan Pinang.

Zulkefly bersaing dalam pertarungan dua penjuru dengan calon BN Tan Sri Isa Samad yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan.

Politik wang bukan rasuah, kata Isa Samad

Wong Shu Qi, Merdeka Review 
"Politik wang bukan rasuah," demikianlah pendirian yang dipegang calon UMNO-BN Bagan Pinang, Mohd Isa Abdul Samad.  Bekas Naib Presiden UMNO ini menganggap dirinya hanya melanggar kod etika pemilihan parti UMNO, malah menyalahkan media yang memutar-belitkannya sebagai rasuah.
"Saya bukan rasuah.  Ini ialah politik wang.  Apa yang berlaku sebenarnya adalah, saya melanggar kod etika.  Kami mempunyai kod etika dalam pemilihan parti.  Kemudian, media memutar-belitkannya kepada politik wang dan rasuah," kata Isa Samad kepada wartawan MerdekaReview dalam satu wawancara pada malam Isnin yang lalu.
Malah, ketika diajukan soalan bahawa pencalonan Isa Samad dilihat sebagai menghalang usaha UMNO membanteras rasuah, calon ini menganggap politik rasuah dalam UMNO bakal diselesaikan dengan pindaan perlembagaan parti.
Tidak adil dihukum dua kali
"Saya tidak menganggap itu sebagai masalah.  Kerana dalam perhimpunan agung parti yang akan datang, kami akan meminda perlembagaan parti, seperti tiada lagi kuota (pencalonan).  Ini akan menyelesaikan masalah politik wang dalam UMNO."
Isa Samad menyambung, "keduanya, saya telah digantung (keahlian) untuk tiga tahun.  Dan saya telah menjalani hukuman selama tiga tahun.  Saya meletak semua jawatan saya dalam parti dan kerajaan.  Selepas proses ini, saya menganggapi ia seharusnya tiada masalah lagi."
"Mereka tidak boleh menghukum saya untuk kali kedua.  Adalah tidak adil untuk sesiapa menghukum saya untuk dua kali.  Itu amat tidak adil," ujarnya.
Ketika ditanya sama ada kes ini harus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Isa Samad berkata pada mulanya "ia bergantung kepada UMNO," Setelah merenung seketika, disambung dengan "tapi saya anggap sekiranya ada pindaan baru, masalah ini tidak timbul."
Isa Samad menyimpulkannya bahawa "politik wang UMNO akan berkurang selepas perlembagaan parti dipinda."
Isa Samad, 60, adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun, sejak tahun 1982.  Beliau memenangi jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 2004 dengan undi tertinggi, 1,507 mengatasi Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu, Muhyiddin Yassin (1,234 undi).
Isa Samad dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun pada mulanya oleh Lembaga Disiplin Umno, setelah disabitkan kesalahan terlibat dalam politik wang. Kemudiannya, hukuman ini diringankan kepada 3 tahun selepas rayuan dibuat, berakhir pada Jun 2008.
Mohd Hassan calonkan Isa?
Pertandingan Isa Samad dalam PRK DUN Bagan Pinang kali ini dilihat sebagai plot baru dalam kerjaya politik dirinya.  Malah, ada yang khuatir bahawa pengembalian Isa Samad semula ke gelanggang politik, semestinya mencetuskan perebutan kuasa, bukan sahaja di Negeri Sembilan, tetapi mungkin menggugat kedudukan Timbalan Perdana Menteri sekarang.
Orang kuat Negeri Sembilan ini pernah mengatasi Muhyiddin Yassin dalam pemilihan parti tahun 2004, ketika pertandingan jawatan Naib Presiden.  Malah, pada peringkat awal UMNO mempertimbangkan calon yang bakal diletakkan di Bagan Pinang, Timbalan Presiden UMNO ini menasihatkan agar lebih daripada satu nama dicadangkan.
Walau bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Hassan mendakwa dirinya yang mencalonkan Isa Samad.  Ketika ditanya kepada Isa Samad, beliau mengesahkan bahawa Mohd Hassan pernah mencadang kepadanya untuk bertanding dalam PRK Bagan Pinang.
"Bukan sekali, malah dua kali," katanya ketika memaklumkan dirinya ditawar untuk bertanding oleh Mohd Hassan.  Namun, Isa Samad mengakui bahawa beliau lebih berminat untuk bertanding di kawasan parlimen.  Walau bagaimanapun, beliau menerima tawaran Menteri Besar dan Presiden UMNO selepas diputuskan.

Wednesday, October 7, 2009

MI : PAS to seek court order to postpone polls

By Adib Zalkapli
PORT DICKSON, Oct 7 — Alleging that hundreds of postal voters are also ordinary registered voters, PAS today said it will seek a court order to postpone polling for the Bagan Pinang by-election scheduled for this Sunday.
Speaking to reporters at the media briefing today, PAS vice-president Salahuddin Ayub said the party will first meet the Election Commission (EC) this afternoon.
"This afternoon we will meet the Election Commission to demand a clean-up of the electoral roll," he said.
"If the EC does not do so we will not hesitate to take legal action, we will get our legal team to seek a court injunction to postpone polling," he added.
Salahuddin (picture) said the party has discovered the existence of what he described as dubious voters in the electoral roll for quite some time.
"We have brought up this matter for years, since the formation of Bersih, and in various meetings with EC, but no action has been taken," he said when asked why PAS was only taking action now.
Another PAS vice-president, Datuk Mahfuz Omar, cited a Bernama report quoting the president of the ex-servicemen’s association, Datuk Muhammad Abdul Ghani, who urged retired soldiers who have yet to change their status to ordinary voters to return to Bagan Pinang if they are still registered as postal voters in the constituency.
"So the issue here is, are the retired soldiers going to come back to vote or somebody else will vote for them?" asked Mahfuz.
PAS had previously claimed that 70 per cent of the postal voters in Bagan Pinang are retired servicemen.
Some 4,600 of the more than the 13,000 voters in the Bagan Pinang state constituency are members of the security forces.
The postal voters, traditionally a safe vote bank for Barisan Nasional (BN), will vote tomorrow while ordinary voters will go to the polls on Sunday.

Melayu UMNO = Melayu Haram Jadah

Saya menggunakan bahasa yang selayaknya untuk Melayu yang masih tidak sedar diri dan menipu bangsanya sendiri. Malahan bukan sahaja menipu Melayu, UMNO turut menghidupkan api perkauman dalam setiap pilihan raya. Pilihan raya Bagan Pinang tidak terkecuali.

SPR petang semalam (5hb Oct 2009) telah menurunkan poster dan banner PKR dan DAP di sekitar kawasan Bagan Pinang dengan alasan kedua-dua parti tersebut tidak bertanding dalam prk Bagan Pinang. Bagaimana pula dengan poster-poster yang membangkitkan dan mengapi-apikan perbalahan kaum yang telah ditampal di merata tempat terutama disepanjang jalan antara Batu 4 dan 5 Port Dickson oleh Melayu Haram Jadah?

Pilihan raya adalah satu proses pendemokrasian yang suci, kenapa harus dicemarkan dengan unsur-unsur perkauman yang merbahayakan? Saya rasa amat berbangga dengan keharmonian suasana berkempen yang diamalkan oleh Pakatan rakyat apabila melihat beberapa pemuda India menaikkan bendera PAS di kawasan perumahan Taman Bagan Utama. Malahan di Markas PAS di situ juga terdapat beberapa pemuda India yang bertugas memberi penerangan.

Markaz Utama PAS Bagan Pinang turut dikunjungi oleh ramai kaum India dan Cina yang sama-sama membantu dalam usaha memastikan kemenangan Parti Islam Se Malaysia (PAS) dalam prk Bagan Pinang.

Beberapa foto di bawah menjelaskan keadaan sebenar.

Pemuda India yang membantu kempen Pakatan bersama Hj Mahfuz di Markaz Utama.


Pemuda India membantu di Markaz PAS Taman Bagan Utama.


Pemuda India turut sama menaikkan banner PAS di Bagan Pinang


Tiga ratu cantik yang menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. Saya rakamkan foto mereka di Markaz Utama.



Foto di bawah adalah kerja membangkitkan api perkauman yang dilakukan oleh Melayu Haram Jadah.






Tuesday, October 6, 2009

Anwar : Untuk anda nilai dan fikirkan…

Dipetik dari laman web Mahazalim
1. Pada pertengahan tahun lalu buku 50 dalil telah diterbit dan diedarkan. Di antara lain ia menuduh Sdr Anwar Ibrahim mempunyai seorang anak luar nikah hasil hubungannya dgn seorang wanita.
  • Akan tetapi ujian DNA yg dilakukan selepas itu mengesahkan bahawa bapa budak itu ialah suami wanita berkenaan.
2. Pada awal September, 1998, suratkhabar-suratkhabar utama Malaysia telah melaporkan tentang dokumen polis yang menunjukkan kononnya Dato Nallakaruppan mengaku telah memberi wang sebanyak RM60 juta kpd Sdr. Anwar dan mengatur khidmat pelacur untuknya.
  • Beberapa hari selepas itu, peguam Nalla telah mengeluarkan surat akuan bersumpah, Nalla menafikan semua dakwaan yang terdapat dalam dokumen polis.
3. Pada 19 September, 1998 Dr. Munawar Anees dan Sukma Dermawan telah dijatuhkan hukuman penjara kerana kononnya diliwat Sdr. Anwar. Peguam mereka (yang dilantik polis) telah membuat pengakuan bersalah bagi pihak tertuduh dalam satu perbicaraan yg hanya memakan masa setengah jam.
  • Tidak lama selepas itu kedua-dua Munawar dan Sukma telah mengeluarkan surat akuan bersumpah menyatakan mereka telah didera dan dipaksa membuat pengakuan diliwat Sdr. Anwar oleh polis. Mereka juga nafi pernah diliwat Sdr Anwar dan keterangan oleh seorang pakar perubatan mengesahkan tiada bukti Sukma pernah diliwat.
4. Pada awal 1999, Dato’ Murad Khalid telah disuruh meletak jawatan dari kedudukannya sebagai Penolong Gabenor Bank Negara. Pada 16 September dia telah dihadapkan ke mahkamah di atas tuduhan gagal mengistiharkan hartanya. Pada 28 Oktober dia membuat pengakuan kononnya Sdr. Anwar memiliki RM3 bilion dan dia turut terlibat mengendalikan wang itu untuk Anwar.
  • Pihak-pihak yg dikatakan menerima wang dari Anwar seperti Dato Abdullah Ahmad, Aliran, ABIM, Asia Pacific Policy Centre dll telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Murad.
  • Dakwaan bahawa Chandra Muzaffar, sebagai presiden Aliran, telah menerima RM5 juta di antara 1992-1997 juga nyata palsu. Ini kerana Chandra tidak lagi terlibat dalam Aliran pada tahun-tahun berkenaan.
  • Murad juga mendakwa Anwar terbabit dalam pengambilalihan Sikap-Power oleh MRCB. Ia bertujuan memberi gambaran seolah-olah Anwar memiliki MRCB dan penjualan Sikap-Power adalah diatas arahannya.
  • Fakta yg tidak dinyatakan ialah bahawa Daim sebenarnya yg memiliki MRCB dan Sikap-Power dimiliki ahli keluarga Aishah Ghani. Ia dijual kerana Astaman, anak Aishah Ghani pemilik majoriti Sikap ingin mendapatkan keuntungan cepat dari projek ini.
  • Dakwaan Murad banyak menggunakan perkataan “saya percaya” dalam membuat tuduhan-tuduhan liarnya. Ini menunjukkan dia sebenarnya tidak mempunyai bukti.
Sejak Sdr Anwar dipecat, berbagai tuduhan liar telah dibuat untuk memberi gambaran bahwa beliau adalah seorang berakhlak buruk. Namun, ini gagal meyakinkan masyarakat. Kini mereka cuba memberi gambaran Anwar sebagai pengamal rasuah yang telah menghimpunkan kekayaan untuk dirinya. Ini semua hanyalah helah sebelum pilihanraya. Ini semua bertujuan memesongkan perhatian masyarakat daripada penyelewengan-penyelewengan pemimpin-pemimpin BN yang telah didedahkan Anwar, sama ada semasa perbicaraan atau melalui laporan-laporannya kpd polis. Namun, pihak polis dan BPR hanya membisu dan tidak mengambil sebarang tindakan. Kedua-duanya berada di bawah telunjuk Mahathir.
Sebab inilah perlu ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat semua dakwaan terhadap Sdr. Anwar dan semua laporan polis yg telah dibuatnya terhadap pemimpin-pemimpin BN.
—–
Kenyataan Media Sdr. Anwar Ibrahim: Komen Tentang Kenyataan Dato’ Abdul Murad Khalid
29 Oktober 1999
Saya ulangi tuntutan diadakan Suruhanjaya Siasatan Bebas menyiasat pengumpulan harta oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan termasuk bekas pemimpin. Cara memaksa pengakuan dibuat mengikut contoh regim Hitler dan Stalin kian menjadi di negara kita.
Yang mutakhir melibat Dato’ Murad. Fitnah demikian digunakan buat menjejaskan imej musuh politik pemimpin Barisan Nasional.
Ini juga adalah daya mengalih pandangan rakyat dari harta yang dirompak dari negara oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir dan Tun Daim dan sekutu mereka; sebahagiannya sepertimana yang telah saya buktikan dalam laporan polis dan di mahkamah.
Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar tanpa asas.
ANWAR IBRAHIM

Siapa pangkah undi pos anggota tentera yang pindah?


Aku mendapat tahu melalui teman aku yang bertugas di pengkalan laut Lumut, Perak bahawa anggota tentera akan berada di sesebuah pengkalan tidak melebihi tiga tahun.

Memandangkan kita mempunyai pilihan raya umum setiap lima tahun, berapa ramai anggota akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perpindahan mereka ini? Kenapakah kita mempunyai sebuah sistem bagi undi pos yang begitu bodoh?

Aku tidak mengatakan bahawa undi pos ini perlu dimansuhkan terus-menerus. Undi pos masih lagi diperlukan bagi kes-kes di luar negara seperti pelajar, kakitangan awam [Seksyen 6 (2) Peraturan Pilihan Raya (Pendaftar Pemilih) 2002]. Apa yang menjadi alat bagi manipulasi ialah undi anggota tentera dan polis.

Bukankah mereka ini boleh mengundi pada hari pengundian seperti pengundi-pengundi lain dan kemudiannya kembali bertugas?

Berbalik kepada teman aku, Wahid (bukan nama sebenar), ditugaskan di salah sebuah kapal yang berpengkalan di Lumut.
Menurut Wahid, di dalam sebuah pentadbiran kapal laut perang, terdapat sekurang-kurangnya empat unit dan setiap unit mempunyai penyelianya yang tertentu. Setiap kapal mempunyai lebih kurang 100 anak kapal dan sekiranya diambil purata, setiap unit mempunyai 40 anak kapal. Setiap anak kapal akan dipindahkan dalam masa tidak melebihi tiga tahun.

Semasa pilihan raya umum 1994 itu, Wahid memberitahu tidak ada anak-anak kapal yang membuat sebarang bantahan apabila ada pihak ketiga mengundi atas nama mereka. Ataupun mereka kurang mengambil endah untuk menyemak and mengemaskini status pemilih mereka.
Anak-anak kapal ini juga tidak memeriksa senarai pemilih sama ada ditukar kawasan pengundian mereka tanpa diberitahu. Perkara kurang mengambil berat seperti inilah yang diambil kesempatan oleh pihak lain untuk melakukan manipulasi.

SPR pula, jangan mengambil kesempatan untuk menyalahkan sistem yang pincang.

Patuh sahaja kepada arahan
Aku terbaca cacatan pengalaman pengerusi jawatankuasa undi pos Dewan Pemuda PAS pusat Suhaizan bin Kayat melalui blog cenangau.blogspot.com bertarikh Oktober 2 lalu bersama Pengerusi SPR tidak berapa lama dahulu.

Berikut ialah antara rakaman perbincangan mereka:

Suhaizan bin Kayat : Maaf Pengerusi saya minta bekas anggota tentera Pak Abu Kassim berpangkat Kapten Mejar (B) yang turut sama datang hari ini beritahu kita bagaimana beliau handle karung khas SPR semasa bertugas.

Pak Abu Kassim: Maaf tuan. Saya ni bekas anggota tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas-kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan.

Tan Sri Abd Aziz: Kenapa tak pangkah bulan ?

Pak Abu Kassim: Saya pangkahkan bulan juga tapi saya rosakkan Borang 2. Saya takut masa tu tuan sebab pegawai saya duduk belakang saya. Saya patuh ajalah arahan dia.

Tan Sri Abd Aziz: Bila tu Pak Abu?

Pak Abu Kassim: Masa saya bertugas sebelum tahun 2000.

Tan Sri Abd Aziz: Itu cerita lama. Sekarang era saya tak akan berlaku lagi.

Suhaizan Kayat: Lama memang lama. Tapi sistem tetap sama tuan.

Tandakan ‘dacing’ pada semua!
Kisah pengalaman Pak Abu tidak banyak bezanya dengan pengalaman Wahid. Bagi pengundi pos yang tidak mengambil kertas undi mereka kerana berpindah, Wahidlah yang akan menyimpannya dan memangkah bagi pihak mereka yang tidak menuntut; dan Wahid pangkah semuanya dacing!

Perkara seperti ini akan mendatangkan manipulasi. Sistem pincang inilah yang akan memberi peluang kepada pihak yang berkepentingan untuk menyalahgunakan sistem seperti ini untuk menang dalam pilihan raya. Bukankah kita sedia maklum bahawa mana-mana pihak akan berhempas-pulas dan bersabung nyawa untuk menang dalam satu-satu pilihan raya?

Anggota tentera dan polis, sudah tentu, dengan keadaan biasa tidak akan endah untuk mengemaskini rekod mereka dengan SPR setiap kali dipindahkan ke tempat kerja yang lain. Berapa ramai anggota tentera yang akan membuat laporan polis sekiranya ada orang telah mengambil kertas undi mereka dan memangkah bagi pihak mereka.
 Picture taken from The Royal Malaysian Navy official website

Kertas undi pos hilang di Lumut
Kisah di Lumut bukannya bermula sejak kisah pengalaman Wahid pada 1994.
Malah pada pilihan raya umum sejak 1990, kawasan Parlimen Lumut sahaja mencatatkan jumlah kertas undi yang tidak dipulangkan sebanyak 2,763 keping pada pilihanraya umum tahun 1990, dan meningkat ke 3,487 pada pilihanraya umum tahun 1995. Angka ini dipersetujui oleh pengerusi SPR ketika itu.
         Wong Chin Huat
Wong Chin Huat, seorang penyelidik bertugas dengan Universiti Kebangsaan Malaysia tatkala itu, telah mendedahkan bahawa sebanyak 8,176 kertas undi tidak dipulangkan di Lumut sewaktu pilihanraya umum tahun 1999. Angka lebih lapan ribu kertas undi yang hilang ini petanda satu penyelewengan besar telah berlaku.  
Manakala pada pilihan raya umum tahun 2004, sejumlah 5,486 kertas undi juga hilang dengan begitu sahaja. Dalam setiap pilihan raya umum untuk empat kali berturut-turut, kertas undi hilang paling banyaknya di kawasan Lumut yang berpengkalan tentera laut.
Di dalam sistem undi pos yang diamalkan, kit pengundi pos yang dikeluarkan kepada pengundi-pengundi pos mengandungi Borang 2, yakni, ‘Borang Deklarasi Identiti’ yang mengandungi kedua-dua nama anggota polis dan tentera (yang mengundi) dan nombor siri kertas undi.
Dalam keadaan Borang 2 tersebut akan diletakkan di dalam sampul surat bersama-sama dengan kertas undi yang dipulangkan sebagai undi dikira, adalah sangat menggusarkan apabila pilihan yang dibuat oleh pengundi polis dan tentera akan diketahui dan mereka bakal berhadapan dengan sebarang kemungkinan sekiranya mereka mengundi pembangkang.

Selain itu, pengundian oleh pihak lain tidak dihalang sepenuhnya. Anggota polis dan tentera yang menjalani pengundian pos tidak perlu untuk menandakan kertas undi mereka di pusat pengundian, mereka dibenarkan untuk menandakan kertas undi mereka di mana sahaja dan kemudian memulangkan semula kertas undi tersebut di pusat pengundian, di kem tentera ataupun balai polis.
Semua ini berlaku dengan ketiadaan agen-agen parti politik, membawa kepada kebarangkalian besar yang sangat tidak munasabah apabila ‘pihak ketiga’ boleh menandakan kertas undi tersebut bagi pihak pengundi, yang mana kemudiannya akan diagihkan kepada anggota tentera/polis untuk diserahkan semula.

Malaysiakini.com : 400 nama berganda dikesan di Bgn Pinang

PAS mendakwa mengesan nama kira-kira 200 pemilih yang dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera, yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

"Daftar pemilih ini berpotensi tidak bersih. Kita berjaya mengesan kira-kira 200 (kemungkinan) undian dua kali.

"Terdapat (kemungkinan) undi di dua tempat. Mereka ini ada kad pengenalan tentera (sebagai pemilih pos) dan ada kad pengenalan awam (sebagai pemilih biasa)," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan, yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, berkata pendaftaran berganda berlaku apabila terdapat anggota tentera yang mendaftar dua kali sebagai pemilih – ketika masih bertugas dan juga di luar perkhidmatan dengan pasukan keselamatan.

Ditanya bagaimana PAS dapat mengesan perkara itu, Suhaizan hanya berkata: “Kita ada sistem untuk mengesannya”.

Sehubungan itu, tambahnya, rombongan PAS yang diketuai oleh naib presidennya Salahuddin Ayub dan setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali akan membangkitkan isu itu dalam pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya esok.

Difahamkan, maklumat terperinci mengenai dakwaan mereka akan didedahkan kepada media kira-kira 3 petang selepas pertemuan tersebut.

Suhaizan juga mempersoalkan tindakan SPR yang hanya membenarkan seorang ejen calon bagi memantau perjalanan pengundian pos kira-kira 4,500 tentera sedangkan ia melibatkan lapan saluran di satu tempat pembuangan undi.

“Kalau hanya satu orang ejen sahaja dibenarkan, dengan kapasiti lebih 4,000 pemilih, ini bukan ejen, Lebih baik dipanggil 'patung' pilihan raya,” katanya.

Beliau mencadangkan 16 ejen dibenarkan bagi mewakil setiap calon pada hari mengundi pilihan raya kecil tersebut, 11 Oktober ini.

Pada Khamis dan Jumaat ini, anggota-anggota tentera di lapan kem akan memilih sama ada calon BN Tan Sri Isa Samad atau calon PAS Zulkefly Mohamad Omar di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson.

Sementara itu, dalam sidang media harian PAS di Bagan Pinang pagi tadi, Salahuddin mempersoalkan pemendekan tempoh bagi membuang undi pos daripada lima hari – seperti diamalkan sebelum ini – kepada dua hari.

Ahli parlimen itu berkata, pengurangan itu telah menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat umum.

“Kita bukan hendak menuduh sesuatu, tetapi kita mempunyai hak untuk merasa ragu-ragu,” tambahnya.

Dalam setiap pilihan raya, undi pos sentiasa menjadi isu pembangkang kerana dicurigai wujudnya penyelewengan yang memihak kepada calon BN.

Di Bagan Pinang, jumlah pemilih pos sangat besar - 4,620 daripada 13,664 orang yang layak membuang undi.

Undi Pos Meragukan, Pegawai Tentera Dedah Kepincangan

(TV Antara) - Pegawai-pegawai tentera tertinggi mula tampil mempersoalkan ketelusan undi Pos yang merangkumi kumpulan pengundi terbesar pada pilihan raya kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.
Pegawai terbabit yang termasuk seorang bekas jeneral, antara lain mendedahkan bagaimana mereka memangkah Barisan Nasional(BN) atas kertas undi untuk anggota tentera di bawah kelolaan mereka. Malah pengakuan itu diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan raya baru-baru ini tetapi tiada tindakan diambil.

Prebet Abu Kassim yang bersara sebagai Sarjan, mengaku memangkah BN pada kertas undi pos pada 1980-an.

"Saya bekas tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan," katanya kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam pertemuan pada 28 September lalu.

Bagaimanapun Abdul Aziz mengenepikan aduan itu sebagai "cerita lama" dan tidak memberi sebarang komitmen untuk merombak sistem undi pos yang telah lama memihak kepada Umno-Barisan Nasional.

Dalam pada itu seorang bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia yang bergelar Datuk mendakwa beliau sekian lama dicatatkan sebagai telah mengundi tetapi hakikatnya tidak berpeluang memangkah kertas undi ketika berjuang di perbatasan. 

"Dahulu masa operasi dalam hutan dalam masa yang sama ada pilihan raya, mana ada kertas undi sampai ke dalam hutan tempat operasi, tahu-tahu dah mengundi," jelas beliau.

Tambahnya,lebih mengeliru dan menimbulkan kemusykilannya sehingga kini ialah tentang kelebihan yang diberikan kepada anggota tentera untuk mengundi awal.

"Ini semua tidak logik dan sebarang kemungkinan kepada ketidaktelusan mungkin berlaku dan syak wasangka yang akhirnya menjejaskan imej dan kredibiliti tentera yang selama ini disanjung oleh rakyat," ujarnya.

Seorang bekas komando yang berkhidmat selama 21 tahun turut mengakui beliau tidak pernah mengundi semasa dalam perkhidmatan. Beliau yang enggan namanya disiarkan menjelaskan setiap kali menjelang pilihan raya,  beliau bersama-sama rakan-rakan tertunggu-tunggu peluang untuk mengundi.

"Bila balik ke kem bertanya pada pihak kem, mereka menjelaskan perkara undi telah diselesaikan, 'kamu hanya perlu berkhidmat untuk negara' kata pegawai kem," jelasnya yang bertugas di Unit Risikan Komando.

Ditanya mengenai dakwaan ada anggota tentera yang dipaksa mengundi di depan pegawai tinggi bagi memastikan mereka memangkah BN, Jeneral berkenaan yang telah bersara lebih 10 tahun tidak menafikan perkara itu berlaku. Namun sepanjang masa beliau menjadi pegawai pemerintah, beliau tidak membenarkan perkara itu berlaku di kem-kem tenteranya.

Seperkara lagi yang menjadi tanda tanya, ialah sewaktu mengundi, kertas undi yang ditanda oleh tentera tidak dimasukkan ke dalam beg tetapi diserahkan kepada pegawai tinggi yang ada di situ.

Sekarang ini daripada apa yang ditunjukkan di televisyen sudah ada beg yang disediakan.

Menceritakan pengalamannya sewaktu mengendalikan proses pilihan raya di Kemboja Jeneral berkenaan menyatakan pekerja dari pelbagai parti boleh mengikuti ke mana sahaja peti undi itu dibawa. Semua ini bagi menjaga ketelusan pilihan raya negara itu.

Tetapi di Malaysia, petugas parti tidak dibenarkan mengiringi peti undi berkenaan.

"Apa yang saya tahu semua undi tentera itu dikumpul dan dikira di Kementerian Pertahanan yang berada di Kuala Lumpur, kemudian baru dipecahkan mengikut kawasan masing-masing, sebagai tentera atau orang awam saya tidak boleh bayangkan masyarakat boleh mendakwa bahawa tidak berlaku penyelewengan sepanjang proses ini berlangsung," katanya lagi.

Sementara itu,  bekas Ketua Umno Petaling Jaya Selatan, Kapten(B) Datuk Abu Zahar Hashim ketika dihubungi Suara Keadilan turut mempertikaikan ketelusan undi pos yang terdapat di Bagan Pinang.

"Jumlahnya terlalu ramai sedangkan penghuni kem yang benar-benar menetap di Port Dickson adalah sebuah kem sahaja, yang lain itu hanyalah tempat latihan dan para penghuninya bertukar ganti mengikut masa," kata beliau yang kini bersama PAS.

Mengulas isu sama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendakwa semakannya mendapati hanya 1,200 daripada 4,604 pengundi pos di DUN Bagan Pinang masih tinggal dan layak mengundi pos di situ.

Mereka terdiri daripada anggota tentera yang tinggal di Kem Seri Rusa - satu-satunya kem tentera dalam DUN Bagan Pinang. Manakala yang lainnya adalah mereka yang pencen atau yang telah berpindah atau berkhidmat di tempat lain.

Sebelum ini, PAS mendesak Borang Lampiran 2 dimansuhkan, SPR bagaimanapun enggan menghentikan amalan itu yang memuatkan butiran peribadi pengundi pos, iaitu kumpulan pemilih terbesar di DUN Bagan Pinang.

"PAS kesal dengan sikap tidak progresif dan kurang profesional pengerusi SPR kerana masih lagi mengamalkan budaya 'double standard' dalam melayani pengundi-pengundi pos di seluruh negara berbanding pengundi biasa," kata ketua penerangannya Idris Ahmad.

"Jika pengundi biasa, tiada Borang Lampiran 2 diberikan. Malah tiada dalam peraturan sekalipun.

"Tetapi pelik kenapa Borang Lampiran 2 itu diwajibkan kepada semua pengundi pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi."

Seramai 5,171 pemilih pos, atau 37 peratus pengundi, akan menentukan kemenangan calon, antara PAS dan BN, pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Tiong's jets 'frozen' by police

(Malaysian Mirror) - Police have frozen the two private jets owned by Wijaya Baru Sdn Bhd, a corporate source informed the Malaysian Mirror today.
The two aircraft, a Learjet 60 (registration no: N729LJ) and a Gulfstream IV (registration no: N7799T), are registered with Wijaya Baru, the parent company of Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) which is embroiled in the multi-billion ringgit Port Klang Free Zone (PKFZ) fiasco.
jets-wijayabaru.pngPolice have also started investigations into alleged financial irregularities of the companies in relation to the PKFZ contract.
Malaysian Mirror understands that Bukit Aman made the decision to ‘freeze’ the two jets today in order to facilitate investigations.
Transport business crippled
‘Freezing’ the aircraft means that the two jets are now in the custody of the police.
This will cripple Wijaya Baru’s air transport sector as it is believed that the company only has the two aircraft for its charter services.
The Learjet 60 and Gulfstream IV are valued at between US$15-US$30 million depending on the specifications.
However, Inspector-General of Police Musa Hassan could not be contacted at press time for confirmation and comments.
Malaysian Mirror learnt that he was out horse-riding which must be what the doctor ordered after his recent heart surgery.
On Sept 18, KDSB was sued by the Port Klang Authority (PKA) for RM720 million, a sum which the contractor allegedly overcharged for the PKFZ project.
PKA chairperson Lee Hwa Beng, who is the plaintiff on behalf of PKA, said that PKA is seeking a declaration that interest charged on the balance purchase price of the land purchase was wrongly imposed.
He said KDSB had sold the land to PKA at RM1.088 billion at the rate of RM25 per square foot on a "special value" basis in addition to interest being charged.
Biggest financial scandal
The PKFZ scandal is said to be the nation’s biggest financial fiasco to date.
jet-gulfstream-iv.jpgTransport Minister Ong Tee Keat has declared his desire to get to the bottom of the matter and to bring those responsible to book.
And the man in the centre of the storm is Bintulu MP Tiong King Sing who is also CEO of KDSB. He is now said to be fighting on many fronts for political survival.
On Sept 8, Prime Minister Najib Abdul established a super task force headed by Chief Secretary to the Government Mohd Sidek Hassan, to investigate the PKFZ scandal.
"The task force is to probe the PKFZ scandal and those people who were responsible for it," said Najib.