tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, April 29, 2008

Anwar Ibrahim, kepulanganmu dinanti???

Salam buat semua...

Selepas 10 tahun, akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menjejakkan kaki semula ke Dewan Rakyat, belum lagi sebagai Ahli Parlimen tetapi sekadar meneman Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Adakah kepulangannya di nanti?

Bagi penyokong pembangkang pastinya kehadiran DSAI adalah sesuatu yang dinanti-nantikan. DSAI adalah tonggak perjuangan mereka. Kerana DSAIlah mereka bangkit untuk bersatu, kerana DSAIlah mereka hadir ramai sebagai wakil di Parlimen. Faktor Anwar Ibrahim telah memberikan impak yang maha besar kepada keputusan rakyat pada PRU12 yang lalu tetapi tiada siapa yag berani mengakuinya secara terang-terangan. Jika mereka masih tak sedar dan tak menjadi ikhlas dalam perjuangan... mungkinkah mereka akan kekal pada PRU13 kelak?. PRU13 nanti bukan lagi undi hasil kempen singkat, tapi PRU13 nanti adalah hasil analisa rakyat selama 4 tahun bermula dari sekarang! Bukan siapa cepat dia dapat, tapi siapa TEPAT dia dapat! Segala isu rakyat perlu diselesaikan segera satu per satu mulai sekarang!.

Bagaimana agaknya persidangan berlangsung sekiranya DSAI turut serta sebagai Ahli Parlimen, bukan lagi seperti 15 tahun lepas di bangku BN tetapi kini di bangku PR. Secara peribadi, saya melihat tahap kemampuan DSAI sekurang-kurangnya berada di tahap yang sama dengan Pak Lah, dan mungkin juga lebih daripada Pak Lah. Pasti menteri-menteri BN ada yang kecut perut nanti bila bersilat dengan DSAI di gelanggang kelak. Kelebihan DSAI adalah pidatonya, satu skil yang maha penting bagi seorang pemimpin dan wakil kepada suara rakyat, malangnya skil ini tidak ada di dalam diri Pak Lah. Harap-harapnya Pak Lah tak pening kepala bila DSAI kembali ke gelanggang. Buat Pak Lah mulalah membuat persediaan, jangan mengambil mudah semua benda seperti imej yang nampak di mata rakyat ketika ini.

Pertemuan antara DSAI dan Pak Lah di gelanggang persidangan adalah satu aksi yang saya nanti-nantikan. Harus diingat kedua-kedua adalah berjiran di Pulau Pinang, kedua-duanya anak Pulau Pinang dan kedua-duanya memimpin Kerajaan. DSAI memimpin kerajaan negeri di bawah PR dan Pak Lah memimpin negeri-negeri di bawah BN. Dan jangan sekali-kali anda lupa bahawa Pak Lah kini duduk di kerusi yang sepatutnya milik DSAI!!!

Saya tahu masih ada lagi teman-teman BN kita yang bersahabat dengan DSAI. Ramai lagi yang tahu menghargai kawan tetapi tak boleh berkawan secara teran-terangan. Demokrasikah Malaysia ini? Nak berkawan pun kena berselindung!

Saya mempunyai cerita menarik tentang politik Sarawak,berkaitan apa pandangan pemimpin Sarawak tentang peranan mereka di dalam BN. Kisah ini terpaksa saya rahsiakan dahulu untuk keselamatan semua, keselamatan saya dan juga keselamatan teman yang berkongsi kisah itu dengan saya. Cukup saya katakan disini bahawa sumber maklumat saya ini adalah seorang yang turut mendapat undangan Khas daripada seorang menteri dan timbalan menteri untuk hadir ke 'Sarawakian Night' yang akan berlangsung pada pertengahan Mei nanti di sebuah hotel di ibukota (kalau tak silap saya Hilton KL). Hanya orang-orang tertentu sahaja yang menerima undangan ke majlis khas ini! Insya Allah jika keadaan mengizinkan akan saya kongsikan kisah dalam selimut ini, pendedahan saya ini adalah bergantung kepada perkembangan politik semasa. Jika masa dan keadaan mengizinkan maka akan saya kongsikan. Mungkin akan porak peranda lagi BN jika saya dedahkan sekarang.

Buat masa ini, eloklah kita fokuskan kepada saat yang dinanti-nantikan oleh ramai pemerhati politik iaitu kepulangan DSAI ke gelanggang politik. Tak sabar rasanya menunggu pilihan raya kecil tersebut. Tak boleh saya bayangkan apa yang akan berlaku kelak. Yang pastinya sekira DSAI menang dan memasuki Dewan Rakyat, lanskap politik Malaysia akan sekali lagi melalui perubahan besar. Dan pasti juga, berada di gelanggang persidangan bukan lagi kerja mudah bagi wakil-wakil BN. Jika dulu mereka boleh 'Yes'kan sahaja semua usul yang dibawa kini ramai yang akan pecah kepala.

Kita nantikan bersama. Insya Allah.

1 comment:

Rozaimi Bin Mohd Said said...

The way I look at DSAI then and now is different. To me, right now or at least ever since the formation of PKR, DSAI is fighting for himself. If he was not happy with BN, he can just choose to join PAS, i mean he has Islamic image. I think it is because he wants power, which he would not get if he joins PAS.

It is actually a personal war between him and Tun Mahathir. He just wanted to prove to UMNO and Tun that these people can't simply throw him away just like that. It will be a personal victory for DSAI if he manage to come back to the Dewan rakyat or may be become the next PM in the next few months. I believe a lot of people do not see this because their ayes are blind when it comesto DSAI. The same thing goes to BN supporters too. Their eyes are blind when it comes to BN.

To me, DSAI is not fighting for justice (keadilan). He is fighting for himself. This is even worst than other politician especially those in UMNO.

Well, while it is interesting to have DSAI back at Dewan Rakyat, let me tell you that it can be equally dangerous to have him as a PM.