tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, July 20, 2009

Malaysiakini.com : Pendakwa pohon tangguh serah dokumen pada Anwar

Pihak pendakwa dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan segera untuk 'menangguhkan' perintah menyerahkan salinan rakaman video, dokumen dan laporan perubatan kepada peguambela.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan pihak pendakwa supaya menyerahkan dokumen-dokumen berkenaan kepada Anwar dalam tempoh tujuh hari.

Pada hari berikutnya, pihak pendakwa memfailkan notis rayuan terhadap keputuan yang dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pada kira-kira jam 2 petang ini, pendakwa memfailkan permohonan 'penangguhan' perintah tersebut, di pejabat pendaftar jenayah Mahkamah Tinggi.

Dokumen tersebut ditandatangani DPP Nordin Hassan - salah seorang daripada enam anggota pasukan pendakwaraya - yang diketuai Peguamcara Negara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin.

Peguam bekas timbalan perdana menteri itu - Sankara Nair - mengesahkan beliau telah menerima salinan permohonan tersebut, yang difailkan bersama dengan sijil kesegeraan.

Tiada tarikh yang ditetapkan untuk mendengar permohonan tersebut, tetapi Sankara berkata, pihaknya akan memfailkan afidavit balas.

No comments: