tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Wednesday, July 1, 2009

Malaysiakini.com : Penduduk gesa Guan Eng letak jawatan

Penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang menyuarakan kekecewaan mereka terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan menggesa beliau meletakkan jawatan kerana gagal membantu mereka.

hindraf kampung buah pala protest at dap hq petaling jaya 300609 05"Jika beliau tidak boleh mengambi balik tanah ini daripada pemanju dan mengekalkan kampung ini, maka lebih baik beliau letak jawatan," kata penolong setiausaha persatuan penduduk kampung berkenaan, C Tharmaraj.

Bercakap kepada pemberita di kampung tersebut hari ini, Tharmaraj menuduh Lim lebih berminat melindungi kepentingan syarikat terbabit daripada menjaga kepentingan rakyat.

Katanya, penduduk di situ tidak menyalahkan Lim terhadap masalah yang menimpa mereka sekarang.

Sebaliknya, kata beliau, mereka mahu kerajaan negeri sekarang memperbetulkan penyelewengan kerajaan sebelumnya.

"Adakah permintaan itu banyak sangat? Jika Lim tidak dapat melakukan ini untuk rakyat yang mengundi kerajaannya, maka beliau harus meletak jawatan dan balik ke negerinya di Melaka," tegasnya.

No comments: