tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, April 5, 2010

Azan saman RM29 juta terhadap Utusan

azan5 KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail hari ini memfailkan saman malu RM29 juta terhadap Utusan Melayu  (Malaysia) Berhad dan pengarang berita akhbar itu kerana memfitnah terhadap beliau.
Beliau memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi melalui pejabat peguam, Vasudevan A & Co.


Ahli parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu menamakan pengarang berita Zulkiflee Bakar dan Utusan sebagai defendan  dan mendakwa Zulkiflee telah menulis artikel yang menghina beliau pada keluaran 6 Mac lalu dalam akhbar tersebut.

Dalam kenyataan tuntutannya, beliau berkata artikel itu melaporkan beliau keluar KEADILAN dan gambarnya disiarkan bersama ahli-  ahli politik lain yang meninggalkan parti.

Beliau menyatakan Utusan telah menerbit dan mencetak pembetulan pada 8 Mac lalu sambil berkata, beliau tidak meninggalkan  KEADILAN tetapi meletak semua jawatan dalam parti, termasuk timbalan ketua perhubungan negeri dan pengerusi biro keahlian negeri.

Beliau mendakwa kedua-dua laporan itu telah menyebabkan beliau kehilangan kewibawaannya.

Beliau menuntut ganti rugi RM29 juta kerana kecederaan, memohon injunksi untuk menghalang Zulkiflee dari terus menulis laporan  yang merosakan terhadap keperibadian beliau dan Utusan dari mencetak laporan-laporan yang menghina dan kadar faedah 8% atas  jumlah yang dituntut dari tarikh kes ini difailkan.
- Bernama

No comments: