tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Wednesday, May 12, 2010

Liwat II: Mahkamah tolak permohonan Karpal

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam Karpal Singh bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, berkata tidak adapercanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan keterangannya di mahkamah, dan terpulang kepada peguam negara untuk menetapkan pertuduhan terhadap seseorang itu.

"Walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi. Namun kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian. Berdasarkan hujah itu, permohonan Karpal ditolak,” katanya.

Semalam, peguam utama tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangannya kepada polis dan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.
 
Karpal berkata Saiful, dalam keterangannya kepada polis dan
keterangannya di mahkamah, menyatakan dakwaan liwat itu dilakukan tanpa kerelaannya manakala pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan adalah persetubuhan yang dipersetujui.

Hakim kemudiannya mengarahkan perbicaran disambung.
Karpal tidak berpuas hati dan kemudiannya memohon supaya prosiding ditangguhkan supaya rayuannya itu boleh dikemukakan kepada mahkamah yang lebih tinggi.

“Kita mempunyai masa dari sekarang hingga akhir bulan untuk memujuk Mahkamah Rayuan memberikan tarikh awal.,” katanya.

Bagaiamanapun, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan berkata perbicaraan perlu diteruskan dan rayuan boleh dikemukakan selepas mahkamah selesai bersidang.
Pertikaman lidah berlaku dan Karpal mendakwa Mohd Yusof sudah mengetahui keputusan hakim yang menolak permohonan Karpal bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.
Ini kerana beliau datang dengan persediaan berkenaan. 

Selepas rehat seketika, hakim memutuskan tidak ada tindakan menghina mahkamah akan dikenakan ke atas Karpal berhubung kenyataannya itu.
Perbicaraan bersambung dengan giliran Saiful disoal-balas.

Saiful, 25, mendakwa Anwar, 63, meliwatnya di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

No comments: