tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, July 13, 2010

'Rasuah' kapal selam: Bala mesyuarat kali kedua

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam dijadualkan berjumpa untuk kali kedua dengan penyiasat Perancis, hari ini yang cuba membongkar maklumat berhubung dakwaan rasuah dalam penjualan dua kapal selam kepada Malaysia.

Ini berikutan mesyuarat tiga jam semalam dengan peguam Perancis, Joseph Breham yang mengetuai pasukan penyiasat Perancis.

"Balasubramaniam akan bermesyuarat dengan peguam Perancis pada jam 4 petang waktu Malaysia,” kata peguam penyiasat persendirian itu, Americk Singh Sidhu.

"Yang menarik, dua nama rakyat Malaysia juga timbul pada mesyuarat semalam.”

Americk, bagaimanapun enggan mendedahkan nama mereka yang disebut itu.

Balasubramaniam kini di Paris bagi membantu Perancis untuk menyiasat kemungkinan gejala rasuah dalam penjualan dua kapal selam Scorpene oleh firma pertahanan tentera laut, DCNS. Habuan komisyen seumpama itu adalah salah mengikut undang-undang Perancis.

Penyiasat persendirian itu yang kini melarikan diri dan tinggal di India, tiba di London minggu lalu untuk diwawancara oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun, SPRM mengubah pendirian mereka, empat hari sebelum tarikh pertemuan dan memilih menghantar senarai soalan melalui kourier kepada Balasubramaniam di London.

Suruhanjaya itu dipertanggungjawab menyiasat dakawaan penyiasat persendirian itu bahawa adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak - Nazim dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan memainkan peranan memaksa Balasubramaniam menarik balik pengakuan bersumpah pertamanya yang dianggap begitu kontroversial.

A
merick berkata jawapan dalam bentuk afidavit Balasubramaniam kepada SPRM akan dihantar ke pejabat suruhanjaya itu pada 19 Julai.

"Balasubramaniam menandatagani afidavit itu Jumaat lalu di London," katanya.

"Peguam Manjeet Singh Dhillon akan menghantar afidavit itu kepada SPRM pada hari tersebut.”


http://malaysiakini.com/news/137173

No comments: