tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, May 24, 2011

LYNAS : Mengapa Pilih Malaysia Bukan Indonesia atau Filipina?

http://media1-cdn.malaysiakini.com/365/c929dcf7660d424235ad6a4e65d060f7.jpg

Jumaat lepas satu demonstrasi aman telah berlangsung di Kedutaan Australia, Kuala Lumpur. Bermula dari Masjid As-Syakirin KLCC mereka berarak ke KLCC dan seterusnya ke kedutaan Australia. Ratusan yang hadir untuk meluahkan keprihatinan mereka terhadap satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional yang bakal mengancam nyawa rakyat. Itupun masih ada lagi rakyat yang tidak peka bila mendengar perkataan LYNAS. Bila dimaklumkan ada demonstrasi LYNAS selepas solat Jumaat hari ini, ramai teman sepejabat bertanya, " LYNAS?, Apa tu?". Betapa dangkalnya rakyat Malaysia. Nyawa bakal diancam tapi masih lagi tak sedar!

Persoalannya kenapa Malaysia beriya-iya benar mahukan projek LYNAS di Malaysia? Yang pastinya setiap rakyat yang waras tidak akan mahu tinggal dipersekitaran yang terancam. Apa faedahnya LYNAS kepada rakyat? Tak bolehkah rakyat hidup tanpa wujudnya projek LYNAS di Malaysia? Tambah pelik lagi, kenapa kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh mahu ianya diteruskan. Kononnya boleh meningkatkan ekonomi? Mana lebih penting, kesejahteraan rakyat atau ekonomi yang berkembang tetapi rakyat sengsara? Apa maknanya peningkatan pendapatan jika selepas 10 tahun jutaan Ringgit pula perlu dibazirkan untuk mengubati penyakit akibat daripada kesan radiasi?

Menurut artikel Business Times, menjelang 2013 Malaysia akan menghasilkan 22,000 tan nadir bumi (rare earth) untuk di eksport. Harga setan kini adalah sekitar RM364,800.Untuk membayangkan jumlahnya mudah, cuma bayangkan 22,000 buah lori 1 tan. Begitulah banyaknya naidr bumi yang akan dihasilkan setahun. Berapa banyakkah pula kesan radiasi yang dilepaskan ke udara untuk menghasilkan 22,000 tan nadir bumi? Mungkinkah ini bukti 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di Utamakan'?

Baca 'Lynas raises forecast for rare earth exports from Malaysia - Business Times'


http://media1-cdn.malaysiakini.com/356/5685ede36804eb3e97fd07a765ba8cd7.jpg


Sejarah telah pun membuktikan yang ia telah pun berlaku di Bukit Merah dan telah menghasilkan generasi yang cacat. Akibat daripada kejadian ini 8 kes leukimia telah dikesan dalam masa 5 tahun di dalam sebuah komuniti yang hanya terdiri daripada 11,000 orang. 7 daripadanya telahpun meninggal dunia.


http://graphics8.nytimes.com/images/2011/03/09/business/energy-environment/09rareside-span/09rareside-span-articleLarge.jpgKisah di Bukit Merah ini tidak diketahui ramai kerana Mitsubishi Chemical telah berjaya mencapai penyelesaian luar mahkamah dengan penduduk dan bersetuju menyumbangkan $164,000 untuk pembangunan sekolah komuniti. Mitsubishi Chemical juga bersetuju untuk membersihkan segala masalah yang ditimbulkan oleh kilang Asian Rare Earth(ARE). Asian Rare Earth telah ditutup pada tahun 1992.

Baca 'Kronologi Kejadian Asian Rare Earth di Bukit Merah'
Baca 'Mitsubishi Quietly Cleans Up Its Former Refinery'

Apa yang logik difikir oleh akal cuma satu! Mungkinkah ada pihak yang mengaut untung daripada kelulusan projek ini! Siapa? Hanya dia dan Tuhan yang tahu. Kini MITI telah menubuhkan panel antarabangsa berkecuali (yang tak berapa berkecuali pun sebenarnya) untuk mengkaji kesan Projek LYNAS kepada rakyat dan persekitaran. Untuk apa semua ini? Untuk apa duit rakyat dibazirkan bagi menanggung kos panel antarabangsa ini? Membawa pakar-pakar antarabangsa ke Malaysia bukannya murah. Ini bukti bahawa kerajaan bersungguh-sungguh mahu meyakinkan rakyat bahawa projek LYNAS ini tidak merbahaya. Jika tidak, untuk apa ditubuhkan panel ini? Tidakkah kita belajar daripada Asian Rare Earth di Bukit Merah? Lebih baik dibatalkan sahaja, tak perlu dinilai-nilai lagi kerana proses pernilaian ini sahaja akan membazirkan duit rakyat. Logikkah jika dikatakan ada udang disebalik batu. Ada orang yang kaut untung masuk poket dengan meluluskan Projek LYNAS ini. Tambahan pula dengar khabar bahawa kantung kerajaan negeri terbabit semakin kering berbeza dengan negeri Selangor dan Pulau Pinang yang semakin hari semakin berat kantungnya.

Baca ' Pakar IAEA kaji semula projek Lynas 29 Mei - 3 Jun'

 http://media1-cdn.malaysiakini.com/356/896ab3bdc311506dc2acf4cdce57af77.jpg

Sebagai rakyat Malaysia saya tidak melihat kenapa perlunya projek ini dilakukan di Pahang. Kenapa tidak di Kalimantan yang jauh lebih luas dan lebih memerlukan suntikan ekonomi berbanding Pahang Darul MAKMUR. Apa istimewanya Gebeng hingga ia dikatakan lokasi terbaik di dunia untuk projek ini? Saya pasti semua penduduk Gebeng sedang berkira-kira untuk berpindah keluar daripada kawasan tersebut. Mereka juga risau berapa jauhkah kesan radioaktif daripada LYNAS boleh tersebar. Mereka juga was-was dengan jaminan kerajaan yang bersungguh-sungguh melaungkan bahawa LYNAS tidak merbahaya.

Untuk apa semua ini? Adakah ini bukti Rakyat Didahulukan?

Baca 'Malaysia tempat terbaik dunia bina kilang nadir bumi'

http://media1-cdn.malaysiakini.com/356/8f668d44c7c3d765e05768e86ba07514.jpg 
Pelik : Kenapa papan takde ini tidak ditulis 'Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional'? Mungkin mereka terlupa... wallahualam.

1 comment:

anonymous said...

memang bodoh bila bn gunakan saluran diorang untuk memperbodohkan rakyat yang kilang tu tak merbahaya.what a shame