tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, May 8, 2011

Email 1Malaysia : DS Najib tipu rakyat???

Saya tidak pasti apakah DS Najib berjaya tidur dengan lena disisi DS Rosmah setelah beliau membuat posting disebelah ini ke akaun Twitter beliau untuk cuba meyakinkan rakyat bahawa projek Email 1Malaysia tidak menggunakan wang rakyat. Samada beliau betul-betul yakin atau pun beliau telah diberi maklumat yang salah oleh pegawai-pegawainya.

Posting Twitter ini juga disiarkan dalam Utusan Online hari berikutnya dengan tujuan untuk memberitahu rakyat bahawa kerajaan tidak menggunakan 'Wang Rakyat' dalam Projek Email 1Malaysia.


Malangnya ia adalah bertentangan dengan dengan apa yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar kemudiannya, yang mendakwa bahawa Tricubes akan mengenakan caj RM0.50 setiap email yang dihantar oleh agensi kerajaan kepada rakyat.

Agensi kerajaan akan membayar 50 sen setiap email dengan menggunakan duit siapa? Peruntukan perbelanjaan agensi kerajaan datangnya daripada sumber mana? Gaji Menteri ke? Atau gaji Perdana Menteri? Atau daripada cukai yang dibayar oleh rakyat?

Jika agensi kerajaan yang membayar maka ia bermakna DUIT RAKYAT digunakan oleh agensi kerajaan tersebut untuk membayar kepada Tricubes. Kita ada beberapa ratus agensi kerajaan di Malaysia di bawah beberapa puluh Kementerian. Tricubes pula mensasarkan 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun 2011. Maka jika, pada Januari 2012, 1 agensi kerajaan menhantar secara purata 1 email kepada setiap rakyat yang berdaftar (5.4juta pengguna) maka untuk 1 bulan RM2.7juta akan dibayar kepada Tricubes. Jika didarabkan 12 bulan maka Tricubes akan mendapat bayaran RM324juta setahun untuk servis menghantar email kepada rakyat. Ini baru jika 1 agensi kerajaan yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Tetapi kita tahu di Malaysia ada beratus agensi kerajaan. Jika PDRM, JPJ dan JPN menghantar 1 email setiap agensi kepada 1 juta rakyat Malaysia pada bulan Januari 2012. Maka Tricubes akan memperolehi RM1.5juta sebulan hasil daripada penggunaan oleh 3 agensi ini sahaja untuk bulan tersebut. Mudahnya kerajaan ditipu oleh Tricubes atau pun mungkin ada poket yang dah masuk beberapa juta RM semasa meluluskan projek? Wallahualam.

2 perkara yang penting adalah :-
1. 50 sen yang akan dibayar kepada Tricubes bagi setiap email yang dihantar adalah daripada Duit Rakyat (Cukai Pendapatan yang dibayar oleh rakyat)
2. 50sen adalah terlalu mahal kerana sistem tersebut hanya perlu di bangunkan 1 kali sahaja dan kosnya telahpun dibayar sebanyak RM50juta.

Mengikut pengalaman saya berurusan dengan vendor sistem-sistem IT. Jika pembeli telah mengeluarkan modal untuk pembangunan sistem, maka sistem akan menjadi hak milik pembeli dan vendor tidak berhak untuk mengenakan sebarang caj apabila pembeli menggunakan sistem tersebut.

 Ini berbeza jika kaedah licensing digunakan. Pembeli tidak akan mengeluarkan modal membangunkan sistem (RM50juta dalam kes ini) dan vendor dibenarkan mengenakan servis caj bagi setiap email yang dihantar. Kos pembangunan sistem juga perlu diserap oleh vendor. Tetapi 50 sen untuk setiap email adalah jauh terlalu mahal!

Pembeli yang bijak akan memilih samada mengeluarkan modal pembangunan sistem ATAU memilih kaedah licesing. Hanya orang yang bengap sahaja akan membayar kedua-duanya sekali.

Perlu dikaji terlebih dahulu, adakah perlu dibangunkan Email 1Malaysia supaya agensi kerajaan boleh berinteraksi secara elektronik dengan rakyat (pengguna)? Untuk berinteraksi, adakah sistem email yang diperlukan ataupun sistem komunikasi yang diperlukan.

Sistem email adalah sistem yang menyediakan perkhidmatan email seperti Email 1Malaysia.
Sistem komunikasi pula adalah aplikasi yang dibangunkan bagi membolehkan kaki tangan agensi kerajaan menghantar terus email kepada sebarang alamat email pengguna. Aplikasi ini hanya memerlukan alamat email pengguna untuk membolehkan maklumat dihantar kepada pengguna. Ia tidak perlu spesifik kepada Email 1Malaysia sahaja. Terdapat beratus pilihan email percuma di internet dan hampir setiap rakyat Malaysia sudah pun memiliki sekurang-kurangnya 1 akaun email. Untuk apa perlunya Email 1Malaysia? Yang diperlukan adalah aplikasi untuk membolehkan email dihantar kepada pengguna!

Kesimpulannya, Email 1Malaysia tidak diperlukan oleh rakyat. Jika pun mahu dibangunkan kerana namanya mencerminkan 1Malaysia maka jangan gunakan duit rakyat! Siapa yang nak buat projek ni dialah kena laburkan modal!

Apa yang diperlukan hanyalah aplikasi yang memboleh maklumat dihantar menggunakan email kepada rakyat. Kos aplikasi ini hanya 1 kali sahaja dan ia boleh dibayar dengan Duit Rakyat tetapi setelah melalui proses tender yang telus. Rakyat pula bebas memilih alamat email mana yang ingin digunakan. Perlukah didaftarkan 1 lagi akaun email baru jika rakyat telah pun memiliki 3 akaun email sedia ada? Saya sendiri memiliki 1 akaun email untuk kegunaan pejabat, 3 untuk perniagaan dan 2 untuk email peribadi.Dan saya tidak mahu menambah 1 lagi akaun email semata-mata untuk menerima surat saman daripada PDRM!

Duit rakyat lebih baik digunakan untuk membantu melengkapkan infrastruktur di luar bandar. Jalan-jalan perlu di tar menjelang pilihan raya. Bukankah ini akan memerlukan peruntukan kerajaan? Ingatlah juga bahawa duit yang kerajaan BN gunakan untuk membangunkan infrastruktur menjelang pilihanraya adalah juga duit rakyat! Projek yang terpampang 'SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL' juga sebenarnya adalah projek menggunakan duit rakyat!

Peruntukan Kawasan Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak diberikan kepada Ahli Parlimen PR juga adalah duit rakyat dan bukannya duit BN! Adilkah kerajaan DS Najib?




*************************************************
 
Tricubes kenakan caj RM0.50 setiap email

Projek email 1Malaysia akan diteruskan dengan sasaran 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, di sebalik kontroversi yang dihadapi projek itu, ia akan tetap dilancarkan pada Julai ini.

NONE"Kami akan lakukan yang terbaik dan mendapatkan sasaran demografi tersebut,” katanya.

Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015.

Menurut Khairun, pengguna dijangka akan dikenakan bayaran tambahan jika mereka mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih 'selamat' dengan kemudahan 'encryption'.
'Secure Sockets Layer'

"Namun setting asas adalah 'Secure Sockets Layer' (SSL) yang agak selamat.

"Malah dengan email seharian dan tanpa dikenakan bayaran semuanya adalah melalui SSL. Pengguna juga boleh menghantar email peribadi kepada rakan-rakan dan ia adalah percuma,” katanya.
NONE"Diandaikanlah saya ini pejabat pos, saya, telahpun mendapat mel dan anda juga akan dapat, tetapi jika anda mahukan keselamatan tambahan seperti menyimpan dokumen, maka di situ, akan dikenakan caj tambahan yang pengguna perlu bayar.

"Bagaimanapun, ia adalah pilihan sama ada mereka mahu dapatkan mel sulit dan selamat biasa dengan caj 50 sen atau mereka mahukan ia disimpan. Setiap satu mel itu akan dikenakan bayaran," katanya.

Khairun juga berkata untuk menggunakan email itu seseorang perlu ke mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendaftar.

Katanya, pengguna juga boleh melakukannya sendiri dengan menggunakan alat biometrik-USB yang perlu dibeli mereka.
Pada sidang media itu, Khairun juga berkata Tricubes telah dilantik oleh kerajaan untuk menerajui projek permulaan myemail.

"Setakat hari ini, tiada lagi agensi menyertainya. Kami sedang berbincang dengan beberapa agensi dan kini berunding dengan sebuah agensi yang merupakan pelanggan sedia ada kami dan kami berharap dapat memperolehi beberapa pelanggan menjelang hujung tahun," katanya.

azlanProjek Emel 1Malaysia, inisiatif kewangan persendirian, diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu antara tujuh projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Menjawab pertanyaan sama ada kerajaan akan memastikan kesemua agensi kerajaan akan melanggan perkhidmatan itu memandangkan ia merupakan projek yang dimulakan oleh kerajaan, Khairun berkata: "Saya rasa soalan itu perlu diajukan kepada agensi-agensi kerajaan dan saya fikir biarlah ia sebegitu.

"Peranan kerajaan sudah jelas dikenal pasti sebagai fasilitator."

No comments: