tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, May 16, 2011

Polis gagal buktikan Anwar pelaku dalam video seks?

Apa yang anda faham apabila Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengatakan bahawa Tiada keperluan bagi pihak polis mendedahkan siapa pelaku dalam video seks yang mirip seorang pemimpin pembangkang?

Bagi rakyat biasa seperti saya dan rakan-rakan yang bukan ahli mana-mana parti politik. Kenyataan tersebut bermaksud, ada sesuatu yang PDRM cuba sembunyikan! Begitulah tafsiran kami.

Apakah tujuannya mengatakan bahawa rakaman tersebut adalah tulen, dan ketulenan tersebut adalah lebih penting daripada membuktikan siapakah pelaku dalam video seks tersebut. Hanya penyokong tegar UMNO sahaja yang akan mengangguk kepala tanpa henti mengiyakan apa yang dikatakan oleh Datuk Khalid Abu Bakar. Rakyat biasa yang tidak menyokong Pakatan Rakyat pun akan tertanya-tanya maksud disebalik kenyataan tersebut. Ramai akan keliru dan bertanya samada "ketulenan video lebih penting atau menentukan pelakunya lebih penting?".

Adakah dengan membuktikan video tersebut tidak disunting boleh menbuktikan secara automatik bahawa pelakunya adalah DS Anwar Ibrahim. Bukan rakyat sahaja ingin tahu malah penyokong Pakatan Rakyat juga ingin melihat bukti-bukti sahih ditunjukkan oleh PRDM bahawa sah pelakunya adalah DS Anwar Ibrahim supaya mereka boleh berduyun-duyun mengisi borang keahlian untuk menlompat-lompat memasuki UMNO. Malangnya perkara ini belum lagi dapat dibuktikan oleh PDRM.

Apakah pula maksud Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar apabila berkata, "Kalau dah... kalau dah... kalau dah video itu sahih, lain-lain tuan-tuan boleh buat andaianlah."?

Adakah beliau takut nak menyatakan terbukti bukan DS Anwar Ibrahim di dalam video tersebut kerana mahu menjaga periuk nasi beliau yang baru sahaja dinaikkan pangkat? Itulah yang rakyat faham daripada apa yang beliau katakan kerana pada rakyat kebiasaannya jika betul DS Anwar Ibrahim yang terbukti sebagai pelakunya maka berita tersebut sudah tentu mendapat hak eksklusif muka depan akhabar No1 di Malaysia si Utusan Malaysia!

Maka, tidak salahlah jika rakyat menyimpulkan daripada sidang akhbar Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar bahawa :-
1. Memang video tersebut tulen dan tidak disunting
2. DS Anwar Ibrahim bukan pelaku di dalam video tersebut kerana perkara tersebut tidak diakui dan tidak dinyatakan oleh PDRM.

Selain itu, khabar berita bahawa video seks (versi penuh uncensored) tersebut telah di delete oleh Youtube.com adalah 100% palsu kerana pada 17 Mei 2011 jam 1 pagi, video lucah tersebut masih terdapat di Youtube.com dan boleh ditonton di laman blog pro-UMNO http://parpukari.blogspot.com. Ianya telah dibahagikan kepada 3 bahagian dengan jumlah masa ketiga-tiganya adalah 16minit tanpa tulisan Siam dibahagian bawahnya.

Bukti print screen 17 Mei 2011 1.00am




Perhatikan URL laman web tersebut. Anda tidak akan menjumpai video ini jika melakukan 'Search' di laman www.youtube.com kerana ia tidak mempunyai tajuk. Kalau anda mahu melihatnya sendiri yang ianya masih ada di parpukari.blogspot.com, 
SILA klik di sini! (awas! kandungan lucah!)

Ini adalah kod html utk meng'embed'kan video yang saya perolehi dengan meng'right click' pada video tersebut.
<object style="height: 390px; width: 640px"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/?version=3"><param name="allowFullScreen" value="true"><param name="allowScriptAccess" value="always"><embed src="http://www.youtube.com/v/?version=3" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" allowScriptAccess="always" width="640" height="390"></object>

Apa yang istimewanya adalah blog ini kebal daripada tindakan pihak PDRM walaupun semua orang tahu bahawa memiliki dan mengedar bahan lucah adalah kesalahan besar di bawah undang-undang Malaysia apatah lagi jika dirujuk undang-undang Allah.

Kenapa semua ini boleh berlaku? Tanpa bukti-bukti konkrit daripada PDRM amat sukar untuk rakyat mempercayai bahawa pelakunya adalah DS Anwar Ibrahim. Jika betul ianya adalah DS Anwar Ibrahim maka BUKTIKAN!

Kita sering diberitahu bahawa seseorang itu tidak didapati bersalah selagi dia tidak dibuktikan bersalah. Dan majoriti rakyat berpegang kepada prinsip tersebut.

Andainya ianya adalah agenda pihak-pihak tertentu untuk memusnahkan Pakatan Rakyat maka perlulah pihak tersebut merenungkan semula strategi mereka kerana kita melihat terlampau ramai yang ingin menjadi hero tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan daripada Bik Mama berdua. Maka semuanya menjadi kelam-kabut dan adakalaunya hampir memakan diri. Itupun ANDAINYA ianya agenda pihak tertentu... ANDAINYA ianya bukan agenda jahat sesiapa maka pastinya video dan pelakunya adalah original, maka tolonglah BUKTIKAN kerana rakyat dah muak dengan cerita-cerita yang tak membangunkan minda dan tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada agama, bangsa & negara diputar setiap hari di dada-dada akhbar dan stesen televisyen percuma pro-kerajaan. Mungkin sudah sampai masanya UMNO mengimarahkan Masjid-masjid indah di Putrajaya dengan solat-solat hajat untuk memohon dipertunjukkan kebenaran kepada rakyat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia umumnya. Jika solat hajat UMNO ini dilakukan nanti jangan lupa panjangkan jemputan kepada lawan-lawan dalam PR kerana mereka juga mahu agar kebenaran dibuktikan!

*********************************************

Polis: Tiada keperluan dedah identiti pelaku video
(http://malaysiakini.com/news/164055)



Tiada keperluan bagi pihak polis mendedahkan siapa pelaku dalam video seks yang mirip seorang pemimpin pembangkang walaupun sudah mengenalpastinya.

NONETimbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar (kiri) berkata ia hanya akan didedahkan sekiranya terdapat keperluan undang-undang.

"Saya tak perlu huraikan, kalau undang-undang kata perlu, kita dedahlah, kalau tidak, tidaklah," katanya.

Pada 26 April lalu, Khalid berkata polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan "si pelaku" dalam video seks itu kepada umum sekiranya perlu.

Diajukan soalan yang sama oleh pemberita lain, beliau juga secara berjenaka berkata:

"Kalau dah... kalau dah... kalau dah video itu sahih, lain-lain tuan-tuan boleh buat andaianlah."

alleged four full sex videos on youtube 290411 02Beliau juga enggan mengulas lanjut sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dikenakan tindakan sekiranya sah merupakan pelakunya.

"Kita akan tengoklah kemudian," jawabnya ringkas kepada pihak media.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini, Khalid mengesahkan telah menerima laporan pakar luar negara yang mengesahkan kesahihan video itu, sekali gus mengukuhkan penemuan pakar dalaman sebelum ini.

Siasatan tahap akhir
Ditanya tentang keperluan polis menyiasat ketulenannya sedangkan kes disiasat berkenaan penayangan video lucah, Khalid berkata:

"Kita kena siasat adakah video itu video lucah. Jika bukan video lucah, bukan (Seksyen) 292 (Kanun Keseksaan)," katanya.

Video berkenaan kali pertama dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

NONETrio itu merupakan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Malah Shazry dengan ditemani dua rakannya itu melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul 29 April lalu menuduh Anwar sebagai pelaku video berkenaan.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, Khalid juga mengakui siasatan kes ini kini sudah sampai ke tahap akhir dan laporan dijangka dihantar kepada pejabat peguam negara tidak lama lagi.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan tarikh tepat bila ia dijangka selesai dan sama ada trio Datuk T sebagai pihak di belakangnya akan didakwa di mahkamah selepas ini.

Sementara itu, ditanya tentang penayangan di internet pula, Khalid berkata perkara itu memakan masa kerana maklumat berkaitan tidak mudah diperoleh.

No comments: