tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, May 4, 2008

'Blog' di RTM1... suatu penghinaan buat bloggers!

Salam...

Secara kebetulan saya tertonton rancangan Blog di RTM1 pada malam tadi. Niat dihati nak cari siaran langsung bola sepak antara Negeri Sembilan dan Selangor tapi tiada siaran langsung.

Sebagai seorang blogger, saya memang teringin menonton rancangan Blog ni cuma tak tahu siarannya bila, kebetulan terbuka siarannya maka pucuk dicita ulam mendatang. Banyak yang boleh dipertikaikan tentang rancangan Blog ini.

1. Waktu siaran terlalu singkat.
Apalah yang boleh dikongsikan dengan penonton dalam masa 20minit? Seolah-olah tangkap muat dan cukup syarat sahaja. Bicara dengan menteri boleh sampai 1 jam tapi hasilnya belum tentu juga. 20minit untuk blogger, cukup ker? 20 minit untuk apa? Untuk didengar pandangan daripada blogger atau 20minit itu untuk memburuk-burukkan lagi kedudukan seseorang blogger? Saya lihat hos bersungguh-sungguh cuba menjatuhkan martabat blogger undangan. Semuanya soalan negatif tentang attitude bloggers. Tidak membina minda langsung.

2. Terlalu berat sebelah.
Tetamu malam tadi adalah sangkelembai pemilik laman blog sangkelembai2006.blogspot.com. Kalau saya menjadi beliau, memang saya marah. Hos rancangan terlalu pro kerajaan, seolah-olah rancangan ini adalah platform mengutuk blogger bukannya sebagai menghargai blogger seperti yang diwar-warkan di akhbar arus perdana. Satu persatu soalan berbentuk negatif dilontarkan, malangnya sangkelembai seorang yang berpengalaman, maka setiap soalan dapat ditepis dengan mudah.

3. Tangkap muat.
Rancangan Blog ini sekadar tangkap muat, kononnya hendak menunjukkan yang kerajaan memberi perhatian kepada suara blogger. Jangan Terpedaya! Batalkan sahaja rancangan ini kerana ia tidak telus dan beragenda tersendiri. Rancangan ini sebenarnya cuba mewujudkan imej negatif kepada blogger, ayuh kita pulaukan!

Antara soalan yang diutarakan hos pro kerajaan tersebut adalah :-
Beliau bertanyakan kepada Sangkelembai adakah benar blogger suka memberikan pendapat di dalam blog tidak berdasarkan fakta tetapi lebih kepada memberi andaian-andaian sahaja. Jawapan yang diberikan oleh sangkelembai adalah akhbar arus perdana pun suka membuat andaian bila mana pemimpin pembangkang memberikan pandangan, akhbar akan speculate dan buat pelbagai andaian. Tahniah sangkelembai, jawapan yag cukup bijak. Terus hos itu memotong dan bertanya soalan lain.

Buat para bloggers, saya rasa tak perlulah kita buangkan masa dan duit untuk hadir ke rancangan seperti ini yang tidak tahu menghormati tetamu undangan. Anda dijemput hadir sebagai tetamu sepatutnya anda dihormati sepertimana Nabi menyarankan kita untuk memuliakan tetamu. Sekiranya anda dijemput dan dilayan seperti peminta sedekah maka lupakan sahajalah jemputan tu, saya pun mahu lihat maruah bloggers diperkotak-katikkan. Mereka masih tak sedarkan diri, masih ingatkan kuasa duniawi biarlah Allah tunjukkan kepada mereka nanti siapa yang sebenar-benarnya berkuasa. Amin...

No comments: