tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, May 13, 2008

Pak Lah punca UMNO kini berpuak-puak!

Salam semua

Selepas seminggu tidak menulis, satu perkara baru yang saya teliti ingin saya kongsikan bersama.

Pernah kah anda terfikir... apa yang akan berlaku JIKA Pak Lah berkata,"Sebagai PM saya bertanggungjawab atas prestasi buruk UMNO dan BN dalam pilihan raya lepas. Tiada manusia yang sempurna termasuklah saya. Oleh itu, saya menyeru dan memohon agar seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia dapat bersama-sama dengan saya, membantu saya untuk memperbaiki kesilapan, dan memulihkan UMNO daripada dalam. Insya Allah".


Saya rasa ramai yang menentang Pak Lah atas sebab beliau tidak menyedari atau sengaja tidak mahu mengaku kesilapan beliau akan kembali ke pangkuan UMNO (Pak Lah) untuk membantu menyatupadukan dan membangunkan semula UMNO yang sedang parah. Ini kerana mereka tahu bahawa PM telah menyedari kesilapannya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kesilapan.

Malangnya, apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya. Habis orang keliling dan faktor-faktor lain dijadikan punca prestasi buruk tersebut. Dan paling melucukan saya adalah kenyataan beliau yang beliau diberitahu bahawa salah satu faktornya adalah rakyat menghadapi kesulitan untuk mendaftar sebagai ahli baru umno sebelum pilihan raya lalu. Siapa lah yang mereka-reka cerita dan alasan ini kepada Pak Lah. Kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa maklumat yang sebenar tidak sampai kepada Pak Lah, kerana ada agenda orang di sekeliling beliau yang ingin menyelamatkan diri sendiri, kerana jika Pak Lah dapat maklumat sebenar tentang banyak perkara yang tidak betul maka ramailah orang berkepentingan ini akan frust menonggeng. Demi memastikan mereka terus berpengaruh dan poket terisi maka mereka inilah yang merosakkan UMNO dan kerajaan. Dan pastinya orang ini yang mengawal saluran maklumat kepada Pak Lah adalah orang yang dekat dengan beliau.

Saya bekerja di sebuah MNC di tengah-tengah ibu kota, majoriti anak muda sekitar umur 20an dan 30an secara terang-terangan meluahkan rasa ketidak puasan hati mereka terhadap kerajaan sebelum pilihanraya lepas. Maka adakah mereka ini berminat untuk menjadi ahli baru UMNO? Pasti tidak wujud masalah sukar mendaftar menjadi ahli kerana tidak ramai pun yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli baru daripada kalangan anak muda ini.

Untuk mengundi BN/UMNO seseorang itu tidak perlu menjadi ahli UMNO, jadi apakah kaitannya antara kesukaran mendaftar menjadi ahli UMNO dengan bilangan undi yang UMNO terima? Rumusan standard sekolah menengah pun takkan pemimpin No 1 negara tidak mampu nak fikirkan?!!!!

Kenapa Pak Lah tidak mengambil inisiatif ketika dalam perjalanan ke mana-mana destinasi untuk berhenti di gerai-gerai tepi jalan hanya untuk bertanya khabar rakyat dan mendapatkan sedikit feedback ikhlas daripada mereka tentang program-program yang kerajaan sedang lakukan ketika ini. Jika semasa perlantikan beliau dulu, beliau boleh turun padang hingga kecut perut pegawai-pegawai kerajaan dikaunter yang berurusan dengan rakyat, maka sekarang juga masa yang paling sesuai untuk beliau turun melawat rakyat. Kenapa perlu beliau melawat rakyat dan bukannya rakyat melawat beliau? Kerana tidak mungkin rakyat dibenarkan berjumpa beliau jikapun rakyat hadir ke pintu perkarangan Seri Perdana atau pun rumah peribadi beliau di Precint 10 Putrajaya. ( Ramai yang tak tahukan Pak Lah ada rumah berhampiran Seri Perdana Putrajaya. Rumah ini dibina sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Perdana Menteri. Bukan rumah besar cuma sebuah banglo kecil dua tingkat untuk kegunaan keluarga terdekat.)

Pak Lah yang dulu tak sama dengan Pak Lah sekarang. Saya pun tak tahu di manakah silapnya. Tapi sebagai rakyat Malaysia, saya yang berada jauh daripada beliau dapat melihat perubahan karektor beliau dan diharap agar Pak Lah dapat lebih tegas dengan orang sekeliling beliau dan lakukan penyiasatan sendiri dan jangan terlalu bergantung kepada satu sumber maklumat sahaja.

Terpulanglah kepada Pak Lah, beliau mungkin menang lagi pemilihan Presiden tapi itu hanya pilihan segelintir orang UMNO yang berkepentingan dan ia bukan pilihan rakyat. PM adalah pilihan UMNO bukan pilihan rakyat. UMNO tidak mampu membuat keputusan yang boleh diterima sebagai mewakili rakyat. Bermakna keputusan UMNO memilih Pak Lah sebagai Presiden dan secara automatik menjadi PM bukanlah mewakili kehendak rakyat, PM adalah PM kepada UMNO dan bukan PM kepada rakyat.

Fikir-fikirkanlah...

Adakah ego Pak Lah lebih penting daripada kepentingan rakyat hingga beliau tidak sanggup mengaku kesilapan beliau dalam pilihan raya lepas. Jika ego beliau adalah lebih tinggi maka wujud satu persoalan baru... sesuaikah lagi beliau sebagai PM jika beliau gagal meletakkan kepentingan rakyat dan negara lebih utama daripada kepentingan beliau sendiri?

Wallahualam.

1 comment:

Rozaimi Bin Mohd Said said...

Bagi saya, 99.9999& ahli politik kita berpolitik bagi menjaga periuk nasi mereka sahaja. Kebajikan rakyat menjadi agenda no. 2 mereka dibelakang agenda peribadi mereka. Jika tidak, masakan orang sanggup untuk terjebak dalam politik wang. Sanggup mengeluarkan "investment" yang besar untuk membeli undi bagi memastikan mereka terpilih untuk satu2 jawatan dalam parti. Ini semua kerana mereka tahu "return on investment (ROI)" adalah lumayan dan amat tinggi. Itu jugalah sebabnya mengapa kita lihat ahli2 politik di Malaysia mampu hidup kaya raya sedangkan rakyat yang memilih mereka terus hidup melarat dan mereka ini diziarahi 4 atau 5 tahun sekali atau apabila isu mereka disiarkan di tv.

Jadi, persoalannya, apabila kita mempunyai ahli politik yang memperjuangkan kepentingan diri dan keluarga masing-masing, mana mungkin mereka ini hendak memberitahu Pak Lah perkara yang sebenar kerana jika berbuat demikian, yang akan mendapat manfaat ialah rakyat dan bukannya mereka dan keluarga mereka.

Akhirnya, terjunlah luncai (Pak Lah) dengan labu-labunya (barisan menteri kabinet. Dan yang akan merana ialah rakyat jelata yang tak bersalah.