tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, May 18, 2008

Menteri UMNO semakin pincang!!

Orang tua suka berkata telajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Satu persatu tindakan kerajaan BN membuka tembelang mereka sendiri. Dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat, mereka masih tdiak berakal setiap kali membuat keputusan. Buat dulu baru fikir, mungkin itu slogan terbaik untuk kerajaan BN sekarang. Bila tersalah langkah maka lantas pihak lain dipersalahkan tidak pernah diakui kesilapan yang dilakukan, memohon maaf dan cuba memperbaiki kelemahan. Pemimpin yang berideolegi 'menolak' ini sebenarnya adalah parasit dalam kerajaan. Bagaimana seorang PM boleh melantik parasit-parasit ini ke dalam kabinet? Parasit yang suka membuat keputusan sebelum berfikir dan akhirnya bukan memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan tetapi memperjelaskan lagi bahawa kerajaan BN tidak ikhlas, bersifat berat sebelah, tidak bijak dan diwakili oleh menteri-menteri berfikiran singkat.

Apa yang saya katakan ini adalah berdasarkan fakta daripada banyak kes yang berlaku hari ini. Terbaru adalah pembatalan pasport Pengerusi Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), P Waythamoorthy. Bukan saya menyokong Hidraf tetapi sebagai rakyat Malaysia saya kesal dengan tindakan Menteri yang bermuka-muka, bukan kes ini sahaja banyak kes lain, kes babi di Selangor contohnya... sekali lagi saya jelaskan disini bahawa RAKYAT SUDAH JELAK, MUAK dan MELUAT dengan pemimpin-pemimpin sebegini. Asyik menuding jari, tak mengaku kesilapan, cakap berbelit-belit, suka menuduh tanpa usul periksa, membuat keputusan tapi tidak mengaku kemudiannya dan pelbagai karenah yang membosankan. Ingatlah UMNO dan BN, mesej jelas telah disampaikan pada PRU12 tapi sayangnya UMNO masih tak sedar diri. Jika orang-orang sebegini masih lagi memikirkan poket sendiri melebihi kepentingan dan perjuangan untuk rakyat, Selamat Tinggal saya ucapkan. Rakyat yang melantik anda untuk mewakili rakyat bukan untuk mengumpul harta dan tamakkan darjat dunia. Tolonglah... insaflah, takkan kita nak lihat satu persatu pemimpin UMNO tersungkur, ditelanjangkan tembelangnya baru nak sedarkan diri.

Bagaimana mungkin Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar menyatakan pasport P Waythamoorthy tidak dibatalkan? Sedangkan Imigresen di Britain menyatakan kerajaan Malaysia telah membatalkan pasport tersebut. Waythamoorthy dibenarkan masuk dan tinggal di United Kingdom selama enam bulan pada 2 April 2008 selepas kepulangannya dari India. Menurutnya, tidak ada mana-mana negara yang akan membenarkan orang asing masuk ke wilayah mereka sekiranya tempoh tamat passport mereka kurang daripada enam bulan.

Jadi bagaimana seorang Menteri senior boleh memberikan alasan pasport tersebut MUNGKIN tamat tempoh? Jika tak tahu rujuk dahulu jangan sesekali menggunakan perkataan MUNGKIN kerana impaknya besar. Bukan sahaja kepada kredibiliti beliau sendiri, beliau bercakap mewakili kementeriannya, mewakili kerajaan BN dan mewakili negara. Jadi dimanakah letaknya kelayakan beliau yang membolehkan beliau dilantik menjadi Menteri?

Itulah yang saya katakan dari awal tadi dan di dalam posting yang lepas-lepas. UMNO dan BN masih tidak sedar. Bangkitlah atau kita akan sama-sama meraikan kejatuhan kerajaan UMNO, kenapa UMNO bukan BN? Sebab UMNO yang menerajui kerajaan, PMnya orang UMNO, parti komponen hanya boneka! Yang dipergunakan untuk merialisasikan impian UMNO membentuk kerajaan.

KES Ke 2 : DAKWAT KEKAL LAGI...

Tepat seperti yang disangkakan. Pembatalan penggunaan dakwat kekal semasa PRU12 adalah satu agenda yang dirancang. Kalau tak faham sila baca posting saya yang lepas-lepas. Beberapa hari sebelum 8 Mac 2008, SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal tersebut dan polis memberikan alasan keselamatan. Dipercayai ada pihak cuba mensabotaj (saya percaya pihak tersebut adalah pihak yang berkepentingan, dan tak mahu taktik kotor mereka untuk menang PRU12 terbongkar), ada tangkapan polis dibuat tapi sehingga 2 bulan kemudian apa jadi dengan penjenayah yang kononnya ditangkap itu?

Dan minggu lepas, Pengerusi SPR menyatakan pula ianya arahan kabinet dan beliau telah diberi amaran (atau saya kira ugutan) jika dakwat tersebut terus digunakan maka SPR harus bertanggungjawab atas segala masalah yang mungkin timbul. Beranikah pengerusi SPR meneruskan penggunaannya jika ugutan tersebut datang daripada kerajaan memerintah? SPR bukankah sebahagian daripada kerajaan itu sendiri dan siapa yang membayar gaji Pengerusi SPR tersebut? Penyelesaian... SPR perlu ditarik keluar dari kerajaan, ia perlu independent!!!

DAN PERLU DIINGAT, JUTAAN RM YANG DIBELANJAKAN UNTUK MEMBELI DAKWAT ITU DUIT SIAPA? DUIT KERAJAAN ATAU DUIT RAKYAT? KITA MEMBAYAR CUKAI PENDAPATAN TETAPI DUIT RAKYAT INI DIBAZIRKAN SEWENANG-WENANGNYA OLEH KERAJAAN. IMPAKNYA? NAMA BURUK UNTUK KERAJAAN.

Malangnya kerajaan itu masih tidak sedar-sedarkan diri bahawa kehilangan sokongan rakyat bukan tanpa sebab, tetapi atas kedangkalan otak orang-orang di dalam kerajaan itu sendiri. Jangan sesekali rakyat dipersalahkan!!!

Susulan daripada itu, Pak Lah pula menafikannya dengan berkata kabinet sekadar mencadangkan sahaja. Siapakah kabinet itu selepas kabinet dibubarkan? Adakah kabinet itu merujuk kepada Pak Lah sendiri atau menteri tertentu? Bukankah kabinet itu terdiri daripada sekumpulan manusia yang diberi kuasa untuk menerajui kerajaan? Tapi wujudkah kabinet itu pada tarikh tersebut?

Jika tadi saya mempersoalkan kredibiti seorang Menteri Senior yang membuat keputusan tanpa akal, maka ini pula apa? Kepala kepada kesemua menteri-menteri di Malasyia. Senarionya sama sahaja ketika kes DSAI dibicarakan dulu, kenyataan saksi tak konsisten, seorang kata A, seorang kata B, angkut tilam masuk mahkamah, akhirnya.... tak didapati bersalah!

Takkan MELAYU UMNO tak belajar daripada sejarah? Tun Dr Mahathir dalam blognya, ada menyatakan bahawa kita boleh belajar dari sejarah, dan kita belajar lebih cepat daripada pengajaran melalui kesilapan pemimpin lepas lakukan dengan melihat kembali kepada sejarah. Malangnya memang MELAYU UMNO mudah lupa...

Sebagai orang Melayu, rakyat Malaysia, saya kecewa dengan kredibiliti dan tindak-tanduk pemimpin UMNO hari ini, mereka bertindak tanpa berfikir, mereka merosakkan sendiri kepercayaan rakyat kepada kerajaan, dan mereka masih hanyut kerana minda masih tak di kejutkan.

Tahukah anda... Parti pemerintah di Sabah dan Sarawak tidak rugi apa-apa jika bukan BN/UMNO yang memerintah? Mereka hanya parti komponen, mereka tiada ideologi UMNO yang perlu mereka pertahankan. Mereka tidak risau jika kerajaan berpindah tangan. Siapa kata? Bukan saya! Tapi inilah yang keluar daripada mulut seorang ahli Kabinet yang berada didalam barisan kabinet Pak Lah hari ini. Jadi buat orang UMNO yang masih lena dan leka, berfikirlah, sedarlah dan insaflah.

Mungkin ada yang berpendapat saya menyokong Pakatan Rakyat kerana banyak mengutarakan kepincangan kerajaan BN dalam posting saya. Tapi fikirkan lah, jika saya mahukan kerajaan baru, untuk apa saya kongsikan semua ini, untuk apa saya seru pemimpin UMNO untuk bangun dan sedarkan diri. Jika saya mahukan kerajaan baru Pakatan Rakyat lebih baik saya berdiam diri. Biarkan sahaja orang UMNO terjun bersama labu-labinya.

Saya tegaskan di sini, tulisan saya adalah untuk kepentingan negara tidak kira siapa yang memerintah sama ada BN mahupun PR. Jika ditakdirkan PR berjaya membentuk kerajaan kelak, saya akan terus menulis dan mengutarakan pandangan saya, pandangan teman-teman dan pandangan rakyat. Yang salah wajib ditegur demi kemajuan bangsa, agama dan negara.

Insya Allah.

www.ikhlasmalaysia.blogspot.com

No comments: