tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, June 1, 2010

"Saya dalam dilema" – Manikavasagam

Undang-undang buatan manusia yang menyusahkan manusia itu sendiri! Jika benar kebenaran lebih utama pentindihan undang-undang ini sepatutnya diabaikan oleh SPRM! Itu pun jika KEBENARAN lebih penting daripada EGO SPRM. Mungkin SPRM lebih rela keikhlasan SPRM sendiri dipersoalkan masyarakat kerana mereka tahu rakyat hanya boleh bersuara tapi takkan kemana. Jangan lupa kuasa undi di tangan rakyat!

*********************************************

manikavasagam1 Oleh Muda Mohd Noor

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam belum membuat keputusan sama ada akan menghadiri Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) di Shah Alam esok.

"Saya benar-benar berada dalam dilema. Mana satu saya hendak pergi?," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today, hari ini.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan saya jika saya membocorkan rahsia, saya akan ditangkap. Seksyen 29 Akta SPRM menyebut saya boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.


"Kalau saya tidak pergi Selcat saya boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau dikenakan hukuman denda RM5,000," terang beliau.

Manikavasagam sepatutnya memberi penerangan kepada Selcat, esok, berhubung isu pendedahan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mike berkata, jika beliau tidak pergi ke Selcat orang ramai akan menganggapnya sebagai penakut.

Ujarnya, "saya tidak takut, saya tidak gentar. Tetapi kedua-dua akta dalam SPRM dan Selcat menyebabkan saya berada dalam dilema dan serba salah. Tengoklah…saya masih berbincang dengan peguam saya."

Bulan lalu, Mike membuat pendedahan mengenai salah guna kuasa dan penyelewengan dalam syarikat pasir milik kerajaan negeri Selangor itu.

No comments: