tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, July 26, 2010

Apa yang Anwar dan Mahathir ada tetapi Najib tiada

20 tahun lalu, dunia tidak kenal pun Malaysia. Dunia lebih mengenali Thailand kerana Phuketnya dan hiburan waktu malamnya. Tetapi mereka tidak kenal Malaysia.


Ketika zaman Tun Dr Mahathir, beliau telah berjaya mengangkat nama Malaysia sebagai sebuah negara dunia ketiga yang pesat membangun seiring dengan Singapura dan Taiwan. Korea Selatan suatu ketika dulu perada di dalam gelanggang yang sama tetapi hari ini telah jauh lebih maju daripada Malaysia.

Malaysia juga dihormati oleh rakan-rakan negara Islam kerana kelantangan Tun Mahathir bersuara untuk menegakkan hak negara-negara Islam. Malaysia pada waktu itu dihormati dan digeruni kerana ketegasan Perdana Menterinya.

Rakyat pula bangga apabila negara kita dipandang tinggi di kalangan negara-negara Islam. Pergi sahaja ke mana-mana negara Islam lain, sebut sahaja Malaysia dan Dr Mahathir dan semua akan memuji-muji kedua-duanya. Tun Dr Mahathir tegas dan berpegang pada prinsipnya. Salah tetap salah tidak kira Amerika mahupun British. Tun juga pernah melancarkan kempen Buy British last sebelum memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur (Jepun).

Semasa pemerintahan Tun Abdullah Badawi, nama Malaysia perlahan-lahan hilang daripada pandangan dunia. Malaysia seolah-olah telah hilang taringnya. Di tambahkan lagi dengan politik dalam negara yang kucar-kacir Tun Abdullah ditekan oleh partinya sendiri untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia. Sebuah drama yang dilakonkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk tontonan seluruh rakyat Malaysia. Cuma satu yang tidak disangka-sangka, DS Anwar Ibrahim dibebaskan ketika Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri.

DS Najib pula merupakan tokoh paling layak menggantikan Tun Abdullah kerana BN tiada calon lain yang lebih berkredibiliti. Malangnya, Najib telah dikaitkan dengan banyak skandal yang mencemarkan reputasinya sehingga ke peringkat antarabangsa. Malaysia terus tenggelam daripada pandangan dunia. Hinggakan Najib terpaksa mengupah penasihat-penasihat asing dengan bayaran jutaan RM semata-mata untuk memperbaiki imej beliau dan Malaysia di mata dunia. Satu perkara yang tidak perlu dilakukan oleh PM-PM sebelumnya.

Najib tidak dihormati seperti mana Tun Mahathir semasa pemerintahannya. Dunia tak kenal Najib, tetapi dunia lebih kenal Anwar Ibrahim. Dahulu kehadiran Tun Mahathir sentiasa dinantikan di forum-forum antarabangsa tetapi tidak bagi Najib. Dunia tidak melihat kredibiliti Najib untuk melayakkan beliau bersuara bagi pihak dunia ketiga mahupun negara-negara Islam. Tetapi Anwar lebih mendapat penghormatan di peringkat antarabangsa. Pelbagai jemputan diterima untuk berucap di forum dan seminar antarabangsa. Suatu yang lama telah hilang selepas peninggalan Tun Dr Mahathir.

Anwar dilihat mampu menaiikan semula imej Malaysia di mata dunia andai beliau berpeluang meneraju negara. Beliau dicaci dinegaranya sendiri tetapi dihormati di peringkat antarabangsa. Beliau dijemput membentangkan pelbagai kertas kerja di peringkat antarabangsa yang mana Najib tidak pernah diberi peluang untuk melakukannya. Najib sebenarnya jauh dari hati rakyat jika dibandingkan dengan Tun Abdullah yang lebih people friendly. Najib sukar didekati sedangkan Tun Abdullah pergi menemui dan melihat sendiri kesusahan rakyat.

Anwar dan Tun Mahathir dihormati dunia kerana kepintaran mereka menghurai isu-isu semasa. Pandangan yangg tegas dan bernas. Tepat percaturan Tun Mahathir ketika membawa Anwar masuk ke dalam UMNO.

Hari ini Malaysia perlu bangkit! Kita perlukan pemimpin yang mampu menaikkan martabat negara. pemimpin yang berani, bersih, tegas, amanah dan beragama! Jika dibanding Anwar dan Najib, jauh perbezaannya. Jika tidak kerana skandal liwatnya Anwar hari ini telah mamacu Malaysia jauh kehadapan untuk terus bersuara untuk negara-negara dunia ketiga dan dunia Islam dengan penuh ketegasan.

Rakyat impikan reputasi Malaysia yang dulu. Yang Tun Mahthir telah berjaya berikan kepada negara. Kita tidak boleh sekadar berkokok di Malaysia sahaja. Kita tak perlukan jaguh kampung lagi. Malaysia perlu menjadi suara dunia! atau kita akan terus ketinggalan... yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Yang ruginya negara dan rakyat! Yang untungnya pemimpin yang memanipulasi kekayaan menggunakan kuasa di tangan.

TIba masanya untuk kita bermuhasabah, ke mana hala tuju kita? Apa hak-hak kita? Bagaimana kita boleh bersuara? Bagaimana hendak menegakkan hak dan keadilan di Malaysia? dan juga bagaimana kita sebagai rakyat mampu membantu melonjakkan semula nama Malaysia? Pilihan ada di tangan kita. Buatlah pilihan yang tepat demi masa depan negara. Mencuri itu salah disisi Islam, apatah lagi mengambil hak yang bukan miliknya. Seperti juga riba itu haram dan dilarang keras di dalam Al-Quran tetapi mengapa kita masih mengamalkannya?

Tepuk dada tanya selera.Hak kita untuk bersuara! Undilah untuk kebenaran, undilah untuk ketelusan dan undilah untuk kebaikan rakyat keseluruhannya! Ingat! Yang salah tetap salah, yang benar pasti terserlah!

1 comment:

Azli Razali said...

hai jom add saya pulak