tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0 : Sebelum & selepas kereta polis diterbalikkan

Saksikan kesinambungan 3 video di bawah, 2 drpd PDRM & 1 drpd TVSelangor. Anda akan dapati dlm klip PDRM, telah dipotong babak sejurus sebelum kereta polis diterbalikkan. Bahagian yang dipotong tersebut boleh ditonton dalam video ke-3 drpd TVSelangor. Anda akan melihat dlm video ke-3, sejurus sebelum kereta polis diterbalikkan anda boleh mendengar suara lelaki menjerit "ada orang bawah tu (kereta peronda polis). Beliau menjerit-jerit mengatakan ada orang dibawah kereta peronda tersebut. Ini telah menyebabkan peserta Bersih3.0 menterbalikkan kereta tersebut untuk menyelamatkan mangsa yang kononnya ada di bawah kereta. (Kuatkan audio, anda boleh mendengar apa yg dijerit-jeritkan oleh mereka)

Persoalannya, siapakah lelaki tersebut? Beliau yang menjadi punca kereta polis tersebut diterbalikkan!

Dalam video ke-3 juga jelas kelihatan, peserta Bersih3.0 membawa keluar pemandu kereta peronda tersebut dan memastikan beliau selamat daripada sebarang ancaman. Biar video tersbut menjadi bukti. Anda tontonlah sendiri!

Satu lagi persoalan, apakah yg menjadi punca kereta polis tersebut remuk teruk semasa ia dipandu laju sebelum kemalangan? Harap sesiapa ada video kejadian awal dapat kongsikan sebagai bahan bukti.

Jadi, sekarang bukti dah jelas, maka tohmaham blogger pencacai UMNO si papagomo.com, bahawa peserta Bersih3.0 ganas dan menterbalikkan kereta polis adalah tohamahan semata-mata. Gambar tersebut menjadi muka depan semua media arus perdana hari ini, tetapi tidak disiarkan dalam Buletin 130pm TV3 tghari tadi. Sekarang siapa yang tipu siapa?





No comments: