tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, April 8, 2012

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dinamakan dalam siasatan rasuah balak Sabah

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman didakwa diberikan lesen pembalakan lumayan secara rahsia di negeri itu, lapor laman pembocor maklumat Sarawak Report.

Laman itu mendakwa memiliki dokumen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang siasatannya didakwa memutuskan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman secara salah mengeluarkan lesen bernilai puluhan juta ringgit kepada saudaranya itu.

Menurut laporan itu lagi, dokumen daripada sebahagian siasatan terhadap penyelewengan balak selepas agen dan penama bagi Musa, Michael Chia, ditahan kerana cuba menyeludup keluar RM16 juta keluar daripada Hong Kong pada 2008.

"Bagaimanapun, siasatan telah disekat di peringkat tertinggi dan hasilnya kekal rahsia, sehingga sekarang," lapor Sarawak Report lagi.

source : http://malaysiakini.com/news/194425

No comments: