tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, September 29, 2009

BN SOKONG RASUAH!


Slm buat semua...

Tindakan BN mencalonkan ISA sebagai calon PRK Bagan Pinang amat mengecewakan saya sebagai seorang anak jati Negeri Sembilan. Dah takde calon lain ker? UMNO nampaknya syok sendiri.

ISA kata dia dah dihukum jadi dia layak jadi calon. Mudahnya! Maksudnya sesiapa yang didapati bersalah memberi rasuah boleh dipilih jadi pemimpin selepas dihukum. BN jamin ke ditakkan buat lagi??? Dah lupa ke kenapa rakyat marah bila Pak Lah lantik Momammad Taib kembali jadi menteri? Sebab dia tak bersih! Najib dah lupa kot pesan Tun Mahathir supaya bersihkan mereka yang jijik ini daripada kerajaan! Pokak ko?

Nak komen banyak-banyak pun malas sebab UMNO bukannya faham pun. Suara akar umbi UMNO bukan suara rakyat! Ini PRK bukan pemilihan UMNO, yang mengundi adalah rakyat bukan setakat ahli UMNO sahaja.

Sebagai seorang yang bukan ahli mana-mana parti politik, jika saya ada kuasa mengundi di Bagan Pinang sudah pasti saya akan membuat undi protes dengan memangkah PAS, (malangnya saya pengundi di kawasan DUN Temiang Seremban). Kenapa? Sebab saya tak nampak UMNO serius dalam membanteras rasuah! Setakat hangat-hangat tahi ayam jer sampai bila nak berubah.

Pada saya UMNO sedang menggali kubur sendiri, bukan sahaja kubur untuk UMNO tetapi kubur untuk BN!

ARGHH TENSIONYER DEN, BONGAP TUL LA UMNO NGAN BN NIH! ELOK LA DIPILIH KERAJAAN LAIN SUPAYO UMNO SODAR DIRI!

No comments: