tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Friday, September 11, 2009

MT UMNO setuju mansuhkan kuota pemilihan

Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini bersetuju untuk memansuhkan sistem kouta yang diamalkan oleh parti itu dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi, kata presidennya.

"MT bersetuju supaya sistem kuota dihapuskan tetapi bagi jawatan-jawatan ini mungkin ada kriteria.

"Kriteria untuk bertanding itu mesti tidak mengongkong tetapi lebih menjurus kepada kebebasan dan menentukan mereka yang bertanding benar-benar memahami dan menghayati prisip dan matlamat perjuangan parti," kata Datuk Seri Najib Razak.

"Maknanya sedikit sebanyak pengalaman dijadikan asas untuk menentukan kriteria yang sewajarnya."

Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno petang ini di ibu negara, beliau berkata perubahan pemilihan dalam Umno perlu dilakukan untuk membendung rasuah.

"Perubahan ini menjurus kepada ke arah membanteras politik wang untuk menjadi proses pemilihan perlu lebih telus dan untuk menunjukkan bahawa Umno adalah sebuah parti yang lebih inklusif dengan melibatkan seberapa ramai golongan," katanya.

"Asasnya juga mestilah boleh dilihat lebih demokratik dalam proses pemilihan Umno."

Bagaimanapun, katanya lagi, MT belum memutuskan jumlah perwakilan yang akan memilih pemimpin atasan parti – antara 60,000 hingga 650,000 orang.

Sekarang lebih 2,500 perwakilan menentukan barisan pemimpin Umno

Tambahnya, jumlah perwakilan ini melibatkan logistik dan persiapan parti menjelang pemilihan.

Satu mesyuarat biro politik diadakan dalam masa terdekat untuk memuktamadkan cadangan pindaaan perlembagaan Umno sebelum dibentangkan dalam mesyuarat MT akan datang dan seterusnya diusulkan di mesyuarat agung khas, 13-16 Oktober ini.

Dalam sidang media yang sama, Majlis Tertinggi juga membincangkan persiapan parti itu untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas berhubung cadangan bahagian Teluk Kemang untuk mencalon ketuanya Tan Sri Isa Samad, yang juga bekas menteri besar, sebagai calon BN.

No comments: