tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, September 6, 2009

Lagi Pilihanraya Kecil? Mungkinkah yang Ke 10 di N10 (Seberang Jaya)?

By Anak Sungai Derhaka

Sebahagian dari berita yang dipetik dari Sinar Harian hari ini (06 Sept 09)

Ketika ditemui Sinar Harian, ADUN BN dari UMNO itu melahirkan rasa kecewa kerana tidak mendapat kerjasama dan sokongan daripada pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang termasuk dari segi menyalurkan bantuan tertentu untuk faedah rakyat di kawasannya.
Beliau berkata, keadaan itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh atau tekanan pihak tertentu untuk meminggirkannya daripada arus politik UMNO di peringkat Bahagian akibat kurang persefahaman dan perbezaan pendapat atau pendirian. 

"Mana boleh bantuan cuba disekat untuk ADUN tertentu kerana semua ini adalah untuk keperluan rakyat. Kenapa sesetengah peruntukan tidak boleh disalurkan terus kepada saya atau penduduk di kawasan saya tetapi perlu dirujuk kepada orang tertentu terlebih dahulu. Jika tidak mendapat 'perkenan' daripada mereka, maka bantuan itu tidak akan sampai ke kawasan saya," katanya. 

Menurutnya, walaupun perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi ia kini menjadi amalan mereka dan begitu ketara sejak pilihan raya umum lalu.

"Kenapa ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap sesetengah ADUN dibiarkan berterusan kerana ia turut memberi kesan kepada saya untuk membantu rakyat. 

"Ini tidak adil kerana agensi Kerajaan Persekutuan tertentu tidak mahu memberi sokongan dan bantuan secara terus kepada saya dalam menjaga kebajikan rakyat," katanya. 

"Mereka kini seolah-olah dilihat mencampuri urusan politik dan menyebelahi pihak tertentu dalam pergolakan yang berlaku," katanya. 

"Jika masih tiada perubahan, saya akan meletak jawatan selepas Hari Raya Aidilfitri ini agar diganti dengan wakil rakyat baru yang lebih sealiran dengan pihak tertentu," katanya.
 
Dari kenyataan-kenyataan diatas aku yakin bahawa ADUN yang mengeluarkan kenyataan itu ialah YB Ariff Shah (N10 Seberang Jaya) dalam Parlimen Permatang Pauh.
 
Read more at: Lagi Pilihanraya Kecil? Mungkinkah yang Ke 10 di N10 (Seberang Jaya) ?

No comments: