tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, October 20, 2008

Malaysiakini.com : Eurocopter: Kenapa beli lebih mahal?

Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta, kata Angkatan Muda PKR hari ini.

Dalam laporan polisnya, timbalan AMK Mohd Fariz Musa berkata perbezaan harga lebih sekali ganda itu harus dipertimbangkan untuk siasatan.

"Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar," katanya dalam laporan itu yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.

helicopter military eurocopter cougor ec 725 troop transporterPerbezaan harga antara dua negara ini bagi sebuah helikopter dengan model yang sama sebanyak RM111 juta atau RM1.2 bilion bagi kontrak membeli 12 buah unit, tambahnya.

"Persoalan timbul ialah ke mana perginya RM1.2 bilion ini dengan sewenang-wenangnya?" kata Mohd Fariz.

Kontroversi pembelian ini muncul selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut minggu lalu dan isu yang sama dibangkitkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Isnin lepas.

Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

Kementerian Pertahanan bagaimanapun menafikan perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725 melalui proses yang meragukan dan luar kebiasaan seperti dakwaan sebuah syarikat baru-baru ini.

Dalam kenyataannya Jumaat lepas, ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abu Bakar Abdullah menyatakan perolehan itu mengikut peraturan seperti ditetapkan, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Semalam, kabinet dilaporkan bersetuju Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian itu bagi menggantikan helikopter Nuri.

Katanya, sekalipun Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Abu Bakar Abdullah telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa proses perolehan helikopter itu dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, namun

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, juga menteri kewangan sewaktu proses awal pengeluaran tender tersebut, berkata perkara itu tetap wajar dikaji secara mendalam oleh PAC.

"Dalam mesyuarat kabinet Jumaat lepas, saya mengusulkan supaya isu pembelian helikopter ini dikemukakan untuk dihalusi oleh PAC dan dikaji dengan mendalam oleh PAC dan PAC boleh membuat kesimpulan," beliau dipetik sebagai berkata.

Fariz, yang membacakan laporan polis itu kepada media, turut mempersoalkan manfaat yang diperolehi Malaysia berbanding Brazil.

"Kontrak Brazil itu juga mewajibkan Eurocopter memindahkan teknologi ke kilang di Brazil dan ini juga mempunyai kesan positif dari segi pekerjaan yang akan ditambah," katanya.

"Tetapi pembelian di Malaysia langsung tidak mempunyai sebarang asas timbal balik yang mendatangkan keuntungan buat Malaysia sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang."

2 comments:

Anonymous said...

Inilah tata tertib cara orang umno beri kontrek dan tender, bagi setiap rm5.00 yang di belanjakan, rm4.00 UTK KRONI DAN SERINGGIT UTK PERBELANJAAN SEBETULNYA, iNI DI OANGGIL KETUANAN umno. biar negara merosot dan bankrup, andaikan ornag umno jadi kaya,rakyat malaysia dan umat melayu, bolih berambus dan pei main jauh jauh sikit, kita buang satu atau dua tulang kepada rakyat dah cukup,kalau bagi lebih kepada rakyat nanti jadi gila tamak. macam tu nanti macam mana nak cari makan. Inilah wahai warganegara apa di panggil, 'HARAPKAN PAGAR JAGA PADI, PAGAR MAKAN PADI PULAK'
SATU LAGI PROJEK ISTIMEWA HASIL KETUANAN UMNO PERINTAH MALAYSIA, U MUST NOT OBJECT!!!!

Anonymous said...

Dari segi harga yang dikenakan sudah pun menimbulkan keraguan. Persoalan asas dengan "procurement procedure" perlu diberi penjelasan kerana terdapat kesangsian dan ketidak telusan. Seolah olah wujud satu hidden agenda apabila diragui dan ada pehak yang mempertikaikan.
Satu artikel tulisan Prasun K Sengupta amat diragui apabila beliau menyatakan ujian penerbangan telah dilaksanakan semasa pertunjukan LIMA. Untuk pengetahuan penerbangan tersebut tidak memadai dan siapa kah yang membuat penerbangan tersebut dan adakah laporan dikeluarkan sebagai perbandingan dan apakah proforma test flight yang di laksanakan. Saudara Prasun k Sengupta, you disqualify yourself from making an analysis of the issue at hand. Comparative study on various aspect must be done physically basing on the specification decided by the end user. In fact the spec proposal or rather the General Staff Requirement itself has got to be properly vetted or is it haphazardly push ahead. It has to be transparent in order to avoid allegation it was just another brochure from the said supplier.
The decision on the NURI phase out yet to come out but the purchase of the new heli had been decided. The NURI helos have gone through many upgrade even still going on and millions spent for these upgrading project. Will this be wasted due to unprofessional planning or is there again interested party?
The explanation by the ministry KSU is not convincing, the AIr FORCe CHIEF must be blurred, the only response from him is that he doesn't know.
This is one of the very suspicious project that had surface and believe me there are many more if we care to dig.The question now, who is lying, RMAF, KSU AND STAFFS or the minister? Or is it a conspiracy of all.The truth is out there.