tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Thursday, October 22, 2009

Laporan audit: PM janji ambil tindakan

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kecewa dengan perbelanjaan melampau dan penyelewengan seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan berjanji akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bersalah.

"Apa yang penting daripada laporan itu ialah sama ada kita akan bertindak atau tidak.

"Mereka yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan," kata perdana menteri ketika menjawab soalan sewaktu taklimat media mengenai bajet di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Najib berkata sebagai sebahagian daripada amalan kerajaan yang baik, kerajaan perlu memberi penghargaan kepada mereka yang menunjukkan prestasi baik tetapi bertindak terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

Katanya beliau yakin keadaan akan menjadi lebih baik dengan adanya Petunjuk Prestasi Utama dan Bidang Keberhasilan Utama yang diumumkan awal tahun ini untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Baru-baru ini, Najib melantik bekas pengarah urusan Penerbangan Malaysia Datuk Seri Idris Jala sebagai menteri yang mengetuai sebuah unit memantau Petunjuk Prestasi Utama. - Bernama


*********************************************************************************************
Perkara yang sama diulang!
Janji yang sama diulang!
Tindakannya tiada!! (harap2 jgn diulang!)

Buktikan bahawa rakyat boleh meletakkan kepercayaan kepada kerajaan BN hari ini. Jika sekadara bercakap dan berjanji manis, rakyat dah muak, rakyat dah jelak, buktikan melalui perubahan atau kami akan ubah kerajaan!

Inilah puncanya Melayu yang telus tak sokong kerajaan BN! bukan sebab tak sayangkan Melayu tapi kerana Melayu yang berkuasa menikam orang Melayu sendiri!

No comments: