tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, October 19, 2009

Umno nafi p'raya 2 DUN di N Sembilan

kemaskini 3.07pm Pakatan Rakyat, dalam masa terdekat, tidak perlu berangan-angan untuk bertarung lagi pada pilihan raya kecil di dua DUN di Negeri Sembilan selepas gagal di Bagan Pinang.

Umno Kuala Pilah dan Seremban masing-masing menafikan desas-desus di internet bahawa ADUN Johol dan Lenggeng akan meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihan raya kecil.

ADUN Johol Datuk Roslan Md Yusuf diura-ura akan berbuat demikian akibat mengalami sakit tulang belakang selepas jatuh sewaktu bermain badminton kira-kira dua bulan lalu.

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim pula didakwa akan dipaksa meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah.

Timbalan Ketua Kuala Pilah, Datuk Hassan Malek berkata desas-desus tersebut "tidak benar" dan "ia diada-adakan".

Beliau diminta mengulas dakwaan laman web Sabah Daily.com yang menyebut Roslan "sedang bersabung nyawa" akibat kanser tulang yang "genting".

Surat peletakan jawatan ADUN itu bagaimanapun didakwa telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Walaupun mengakui ADUN Umno itu mengalami kecederaan, Hassan berkata Roslan tidak perlu meletakkan jawatan.

"Tidak timbul soal letak jawatan, saya dan ahli jawatan kuasa bahagian boleh membantunya.

"Malam esok, saya akan turun ke kawasan beliau, untuk program bertemu dengan rakyat di sana," kata Hassan kepada Malaysiakini hari ini.

Mengulas mengenai kesihatan Roslan, Hassan berkata, kali terakhir beliau berjumpa dengan Roslan pada hari raya Aidil Fitri lalu.

Beliau, yang juga ahli parlimen Kuala Pilah, berkata ADUN itu berada dalam keadaan baik dan "tidak membimbangkan".

Bagaimanapun pergerakan Roslan agak terbatas kerana berkerusi roda, tambahnya.

Sementara itu, Ketua Puteri Seremban, Wan Salwati Abdullah berkata, beliau tidak mendengar desas-desus bahawa Mustafa akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

"Semalam saya ada di cawangannya di Sungai Machang, ada jamuan Aidil Fitri Pemuda dan Puteri, beliau buat kerja macam biasa sahaja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Setahu saya, setakat ini kesnya masih dalam perbicaraan."

Beliau diminta mengulas tulisan di blog pro-pembangkang Kedah La Nie yang mendakwa pilihan raya kecil DUN tersebut "mungkin berlaku apabila mesyuarat Umno peringkat pusat memberi lampu hijau".

Blog itu mendakwa dengan kembalinya sokongan bukan Melayu di Bagan Pinang seperti keputusan 11 Oktober lalu, "Umno berkemungkinan menggulingkan calonnya yang ada sekarang. Melalui SPRM (Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia)"

Menurut exco Puteri Umno itu lagi, beliau turut bertemu Mustafa sepanjang berkempen pilihan raya kecil DUN itu, yang dimenangi Tan Sri Mohd Isa Samad, dua minggu lalu.

Mustafa dihadapkan di Mahkamah Sesyen Seremban tahun lalu berhubung dua tuduhan rasuah dan kesnya sedang dibicarakan.

No comments: