tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, October 4, 2009

Projek Tutup Pekong Bernanah Oleh Barisan Nasional

PAS melepaskan tembakan pertamanya dengan membangkitkan isu projek terbengkalai di kawasan DUN Linggi iaitu tempat Isa Samad menjadi wakil rakyat sejak 1978 sehinggalah pada tahun 2004. Isa tidak bertanding dalam pilihan raya umum 21 Mac 2004 kerana DIDAPATI BERSALAH MENGAMALKAN RASUAH

Isa digantung keahliannya (dalam UMNO) selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Pendedahan yang dibuat Naib Presiden PAS yang juga pengarah jentera pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Salahuddin Ayub hari ini mengenai beberapa projek terbengkalai seperti pembinaan perhentian bas di kawasan DUN Linggi serta projek naik taraf jalan utama Pasir Panjang ke Linggi merupakan strategi yang digunakan PAS.

Maka untuk menutup segala kudis dan pekong bernanah, projek bidan terjun kerajaan BN dijalankan.

Saya merakamkan gambar ini sekitar jam 11.30 malam tadi di kawasan yang dimaksudkan. SATU LAGI PROJEK MENIPU RAKYAT OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL. Bila hendak pilihan raya, baru jalan hendak diturap. Dasar perasuah, budaya menipu menjadi amalan.






"Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga (sebagai calon prk Bagan Pinang) bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini (rasuah)." - Tun Mahathir

No comments: