tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, November 25, 2008

Malaysiakini.com : Hakim putus isu pindah kes RPK Jumaat ini

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan memutuskan Jumaat ini sama ada ia mempunyai bidangkuasa untuk mendengar kes Raja Petra Kamaruddin yang menghadapi tuduhan memfitnah atau ia perlu merujuk perkara itu kepada Mahkamah Tinggi.

raja petra kamaruddin sedition trial 251108 2Hakim Mohamad Sekeri Mamat telah mendengar hujah pihak peguambela, Manjeet Singh Dhillon dan timbalan pendakwaraya, Anselm Charles Fernandez mengenai sama ada beliau boleh mendengar kes tersebut.

Penulis blog itu menghadapi tuduhan memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri timbalan perdana menteri dan dua lagi dalam satu akuan berkanun (SD).

Selain Rosmah, Raja Petra turut didakwa memfitnah pemangku Kolonel Abdul Aziz Buyong dan isterinya, Kolonel Norhayati Hassan.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Mahkamah Tinggi Sivil 5 di kompleks mahkamah Jalan Duta pada jam 10.25 pagi 18 Jun.

Jika disabitkan kesalahan, beliau berdepan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

raja petra kamaruddin sedition trial 251108 1Semalam, dalam hujah bantahan awalnya, Manjeet telah membangkitkan isu perlembagaan mengenai sama ada patutkah Mahkamah Sesyen mendengar kes tersebut memandangkan Raja Petra telahpun didakwa di mahkamah majistret atas tiga tuduhan fitnah.

Katanya, pemindahan kes tersebut adalah bercanggah dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kesaksamaan.

Katanya, Mahkamah Majistret mempunyai bidangkuasa untuk mengenakan denda maksima RM10,000 berbanding dengan kuasa Mahkamah Sesyen.

Bagaimanapun, hujahnya, tiada had bagi denda maksima yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah sesyen, tidak seperti kuasa majistret.

No comments: