tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Thursday, November 6, 2008

Malaysiakini.com : PAS calonkan bekas bendahari PKR ketuai PKNS

PAS Selangor mencalonkan bekas bendahari agung PKR Abdul Rahman Othman untuk mengambil alih teraju utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang kini dipangku oleh Low Siew Moi.

Timbalan pengurus korporat dan akaun PKNS itu pada asalnya dijadual memangku jawatan pengurus besar perbadanan tersebut selama setahun sebelum ia mencetuskan kontroversi kerana Low bukan pemimpin Melayu.

Susulan siri bantahan itu, exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membincangkan pengganti Low.

Dr Hasan, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, dilaporkan berkata, menteri besar bersedia memendekkan tempoh Low jika PAS mendapatkan calon penggantinya yang berkaliber dan berpengalaman.

abdul rahman othmanAbdul Rahman (foto), pernah bergiat dalam Umno bahagian Muar sebelum menyertai parti pembangkang itu, kini menyertai PAS.

Ketua penerangan PAS negeri Saari Sungib berkata, seorang lagi calonnya tokoh korporat, Mohd Yusof Khan.

Katanya, pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman kedua-dua mereka dalam bidang pengurusan organisasi besar yang diperlukan untuk memajukan lagi perbadanan itu.

Nama Muhammad, tambah wakil rakyat Hulu Kelang, dicadangkan kira-kira sebulan sebelum pelantikan Low, manakala nama Abdul Rahman dicalonkan kepada menteri besar, kelmarin.

Menurutnya lagi, pencalonan itu dibuat berdasarkan keputusan mesyuarat dewan harian PAS Selangor.

1 comment:

Anonymous said...

Saya nak tanya Sdr Ong Tee Keat apa kah bendenya kita bolih belajar daripada Amerika syarikat ?
Belajar jahanamkan sistem bank dan kewangan?
Obama belum angkat sumpah lagi jadi presiden, anda dah tahu dia orang baik untuk kepentingan malaysia ?
Kenape anda tak sebut terang dan nyata dan di parliamen sesi ini
bahawa and amahu jadi Perdan Malaysia sekarang ? Baru lah gentleman kan ?
Lagi pun Obama bukan pandai sangat.
Sekurangnya orang Malaysia yang kelulusan Injiner serta fasih dalam Bahase Melayu,Ingeris, dan Mandarin mesti lah sudah tentu kow punya lebih pandai dari pada Obama kan ?
Saya rase Malysia terlalu kecil untuk anda jadi PM ?
Saya berpendapat anda layak mohon jadi President Amerika.
Borang ade kat pejabat kedutaan , bolih ambil esok.
arjuna waspada.