tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Thursday, November 20, 2008

MyMind : Tahanan ISA dilarang Solat Jumaat?


"Solat Jumaat memang tidak diizinkan pada tahanan ISA. Jangan bagi alasan untuk mempertikaikannya." - Zahid Hamidi

Sapa yang nak jawab di akhirat nanti? Zahid Hamidi & Syed Hamid nak tanggung ker dosa tak bagi orang solat Jumaat. Zahid Hamidi kata tahanan ISA tak di benarkan solat Jumaat, dan beliau mempertikaikan sama ada RPK menjalankan solat Jumaat selama ini.

Itu bukan isunya, isunya bukan RPK sahaja.

Bagaimana dengan ratusan lagi tahanan ISA Islam yang lain, anggota Jemaah Islamiah (JI) misalnya. Saya yakin mereka tak pernah tinggal solat Jumaat sebelum ditahan. Jadi, Zahid Hamidi @ Syed Hamid sanggup ke menanggung dosa kerana menghalang tahanan ISA menjalankan kewajipan kepada Allah.

Ini bukan hukum dunia. Ini hukum Allah, solat adalah wajib kecuali jika sesorang itu sudah mati.

Itu yang saya faham daripada apa yang yang Zahid Hamidi katakan. Ini hal agama bukan boleh diubah-ubah!. Majlis Fatwa perlu melihat hal ini dengan segera!

Allahu Akbar

No comments: