tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, November 16, 2008

Malaysiakini.com : Ronnie Liu dihadap ke mahkamah

Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu hari ini didakwa di mahkamah atas tuduhan bersubahat menghalang tugas pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel tahun lalu.

ronnie liu charged in pj court 171108 02Liu minta dibicara dan kes itu akan disebut pada 10 Februari tahun depan. Beliau didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada jam 9.40 pagi ini.

Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam membenarkan Liu diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Ikat jamin itu dibayar oleh abangnya John Liu.

Menurut kertas tuduhan, Liu serta beberapa pelanggan dan pekerja hotel tersebut menghalang pegawai penguatkuasa MPSJ, Mohamed Hadzlin Zulkepli daripada menutup hotel tersebut di Bandar Puchong Jaya, Selangor pada 2 November 2007.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Hotel Chile antara jam 5.30 petang dan 6.30 petang.

Liu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran ditahan oleh polis Rabu lalu di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri berhubung kes tersebut.

Beliau juga menjaga jawatankuasa kerajaan tempatan, penyelidikan pembangunan kerajaan negeri.

Khamis lalu, Liu memfailkan notis di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mengenepikan waran tangkap ke atasnya.

No comments: