tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, November 17, 2009

Bekas ADUN Kt Siputeh fail rayuan

Bekas ADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kerusi itu kosong dan beliau tidak lagi wakil rakyat kawasan itu.

Abu Hassan memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1.35 tengah hari melalui peguam yang mewakilinya Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Salinan notis rayuan itu akan diserahkan kepada peguam yang mewakili Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail dan Pejabat Peguam Negara, kata Mohd Hafarizam semasa dihubungi hari ini.

Semalam hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, semasa membenarkan semakan kehakiman oleh Abdul Isa, memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hassan menghadiri dua sidang dewan pada tahun ini.

Berikutan keputusan itu, Abu Hassan dari BN, dilarang menghadiri persidangan DUN Kedah hari ini.

Mahkamah juga memerintahkan pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan Kota Siputeh yang terletak dalam kawasan parlimen Jerlun. BERNAMA

No comments: