tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Wednesday, November 11, 2009

Chua tawar jawatan pada Liow

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini menawarkan jawatannya itu kepada naib presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai demi perpaduan parti.

'JIka beliau mahukan jawatan timbalan presiden, saya boleh letak jawatan. Demi perpaduan dan kestabilan MCA, saya bersedia untuk melepaskan jwatan saya," katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan Liow mesti membuat kenyataan terbuka bahawa beliau mahu menjadi timbalan presiden.

"Dia mesti menyatakannya... Bahawa saya, Liow Tiong Lai, mahu jawatan timbalan (presiden) MCA... sila beritahu saya dengan jelas. Saya sedia melepaskannya," katanya.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa beliau telah mengelirukan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung keputusan EGM 10 Oktober lalu mengenai statusnya sebagai timbalan presiden.

Katanya, surat ROS itu menyatakan bahawa tidak berlaku kekosongan bagi jawatan timbalan presiden.

"Dalam lain perkataan, saya masih lagi timbalan (presiden)," katanya.

Katanya, ekoran surat ROS itu, beliau dikekalkan sebagai timbalan presiden dalam mesyuarat jawatankuasa pusat MCA pada 3 November lalu.

Katanya, keputusan jawatankuasa pusat dicapai melalui undi, dengan 22 menyokongnya dan 12 menentang.

Tambahnya, empat anggota jawatankuasa pusat, termasuk dirinya, tidak mengundi.

Bagaimanapun, katanya, Liow mengundi menyokong dirinya sendiri.

Ekoran keputusan undian tersebut, Chua dikekalkan sebagai timbalan presiden, manakala Liow - yang sebelum ini dilantik memegang jawatan tersebut - kembali memegang jawatan lamanya sebagai naib presiden.

No comments: