tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Wednesday, November 11, 2009

Saksi dakwa beri keterangan palsu akibat trauma didera oleh MACC

(Bernama) - Saksi perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Norza Zakaria memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia terdorong memberi keterangan palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana trauma akibat didera semasa soal siasat.
Mohd Taupik Hussain mendakwa semasa disoal siasat oleh tiga pegawai SPRM Pahang pada 22 Jan. lepas, dia telah didera secara fizikal dan mental.
Katanya dia dibawa ke pejabat SPRM Kuantan pada 22 Jan. dan pada kira-kira 5 petang telah dibawa ke sebuah bilik dan diarahkan menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, melakukan ketuk ketampi serta tekan-tubi, berguling-guling di atas lantai selain kepalanya diketuk dengan kasutnya oleh pegawai terbabit.
"Proses penderaan berkenaan berlarutan sehingga pukul 11 malam sebelum saya diarahkan untuk menandatangani satu surat Orang Kena Tahan pada pukul 11.14 malam,” dakwanya.
Mohd Taupik berkata demikian semasa menjawab soalan peguam yang mewakili Norza, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dalam prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi di hadapan Hakim Azuar Che Yusof hari ini.

No comments: