
Penangguhan ini dibuat selepas seorang daripada tiga anggota panel hakim memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar ked itu.
Hakim Datuk Hashim Yusoff secara sukarela memutuskan menarik diri selepas peguam Anwar, Karpal Singh membangkitkan kemungkinan akan ada unsur bias.
Hashim adalah antara panel hakim yang mendengar kes rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan terhadap kes liwat pada 2003. Mantan Timbalan Perdana Menteri itu mengemukakan saman ganti rugi di atas pemecatannya daripada jawataan awam sedekad lalu. Beliau hadir di mahkamah hari ini.
Anwar ketika ditemui media memberitahu keputusan Haashim itu ‘amat luar biasa. Beliau berkata hakim berkenaan sudah tiga kali menawarkan diri untuk menarik diri, yang mana ada petanda berlaku bias.
No comments:
Post a Comment