“Dalam kes ini kalau dah ada pertuduhan, biar saya diberi keadilan. Tiada kenyataan yang disebut di muka depan Utusan, maknanya Utusan ini jadi alat Umno. Dia nak lawan depan tak boleh, dia fitnah kotor, biadap dan jijik begini," katanya.
Anwar menuduh Utusan Malaysia yang didalangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengamalkan taktik berkenaan.
Bernama pula memetik Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang berkata apa yang berlaku hanyalah "laporan kurang tepat" tetapi Karpal Singh bertegas ia perbuatan menghina mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata kenyataan Karpal mengenai pemilik akhbar itu juga adalah tidak wajar.
“Ia lebih kepada soal laporan yang tepat atau tidak dan bukannya laporan palsu. Mahkamah perlu diyakini bahawa perbuatan menghina telah dilakukan sebelum tindakan dapat diambil," kata hakim Mohamad Zabidin.
Perbicaraan kemudiannya ditangguhkan selama lima minit bagi membolehkan hakim membuat keputusan.
Apabila disambung semula, hakim Mohamad Zabidin memberitahu pasukan pembelaan Anwar supaya membuat laporan polis jika terdapat perbuatan menghina mahkamah.
Tajuk muka depan Utusan Malaysia hari ini berbunyi "Tak rela diliwat lagi", dengan terdapat gambar Anwar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa Anwar meliwatnya pada Julai 2008.
No comments:
Post a Comment