tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Thursday, February 18, 2010

Liwat II: Anwar cabar keputusan Mahkamah Rayuan

Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menolak rayuannya agar mahkamah membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya.

Pada masa sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut memfailkan notis usul untuk menangguhkan perbicaraan kes, yang sedang berjalan, sementara menunggu rayuannya terhadap keputusan itu didengar di Mahkamah Persekutuan.

Notis rayuan dan notis usul itu difailkan menerusi firma guaman Messrs S N Nair & Partners pagi ini di pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Disertakan bersama notis rayuan adalah afidavit Anwar.

Semalam, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar@Izhar Ma''ah sebulat suara menolak rayuan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Mereka memutuskan bahawa Anwar gagal membuktikan bahawa pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan sehingga 25 Mac sementara menunggu rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya supaya Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes itu. - Bernama

1 comment:

Teh Tarik Drinker said...

technically, it should be just case liwat 1, since he was acquitted from the first case. innit?