tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Thursday, February 4, 2010

MK : Najib sudah terima surat peletakan jawatan Nasir

Pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar telah menghantar surat peletakan jawatannya.

Datuk Seri Najib Razak yang sedang melawat Melaka hari ini, mengesahkan beliau telah menerima peletakan jawatan Nasir petang semalam.

Sewajarnya, kata perdana menteri, ia rmenjadi pengajaran kepada semua pihak.

Semalam, beberapa parti komponen BN mendesak Nasir dikenakan tindakan tegas ekoran kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman di seminar 1Malaysia di Melaka kelmarin.

Pada hari yang sama, pejabat perdana menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Nasir akan meletakkan jawatan ekoran kenyataannya.

Kenyataan itu juga menegaskan bahawa kenyataan Nasir itu tidak mencerminkan pandangan Najib.

No comments: