Bahagian Akhir
Oleh N H Chan
Walaupun Perlembagaan British tidak bertulis, tetapi terdapat peruntukan yang hampir sama dengan perlembagaan kita, disebut hak keistimewaan Parlimen. Lord Denning, pada muka surat 192 dalam ‘The Family Story’ menyebut begini:
Dewan Parlimen memiliki beberapa hak keistimewaan. Salah satunya ialah kebebasan bersuara. Erskine May berkata, "apa yang disebut atau dilakukan di dewan Parlimen tidak boleh di persoal di mahkamah undang-undang."
Bil mengenai Hak-Hak 1688 berkata, "kebebasan bersuara dan perdebatan atau prosiding dalam Parlimen, tidak boleh ditarik atau dipersoal dalam mana-mana mahkamah atau dikeluarkan dari Parlimen."
Lord Denning sendiri tidak boleh mempertikai hal ini. Kes ini dilaporkan dalam "Laporan-Laporan Undang-Undang – Akta Hak Istimewa Parlimen 1770 (1958) AC 331". Beliau menyebutnya pada muka surat 193 ‘The Family Story’:
Pada 8 Februari 1957, Encik Strauss MP menulis sepucuk surat – kertas "House of Common" – kepada Encik Maudling. Beliau mengadu tentang sikap Lembaga Elektrik London.
Katanya, mereka hendak menjual kabel terpakai pada harga yang terlalu rendah dan perbuatan mereka itu merupakan satu skandal. Encik Maudling menyalurkan aduan itu kepada Lembaga Elektrik London.
Pada 4 Mac 1957, peguam Lembaga tersebut menulis surat kepada Encik Strauss mengancam untuk memfailkan saman. Surat yang nampaknya mudah itu menimbulkan isu perlembagaan yang serius. Siapa yang lebih berkuasa? Parlimen atau mahkamah-mahkamah undang-undang?
Encik Strauss berkata, surat itu (ugut saman) melanggar hak istimewa Parlimen dan Lembaga itu serta peguamnya boleh dijatuhi hukuman oleh ‘House of Common".
Lembaga itu menyatakan mereka berhak untuk mendapatkan ganti rugi dari mahkamah-mahkamah undang-undang. "House of Common" tidak boleh menghalang mereka.
Isu ini kemudian dirujuk kepada Majlis Privy. Tujuh hakim mendengar kes ini. Saya adalah salah seorang daripadanya. Saya dapati saya berada dalam golongan minoriti kerana saya seorang sahaja.
Keenam-enam mereka memutuskan bahawa ‘House of Common’ boleh menerima writ saman itu terhadap seorang Ahli Parlimen – berdasarkan ucapan atau prosiding di Parlimen – sebagai melanggar hak-hak istimewanya.
Penentangan atau hujah Lord Denning ialah setiap orang Inggeris mempunyai hak untuk mendapat pembelaan di mahkamah-mahkamah undang-undang.
Selepas itu, Encik Strauss dalam pembelaannya boleh membuat rayuan pembelaan hak-hak istimewa Parlimen sebagai "prosiding dalam Parlimen" dalam lingkungan Bil mengenai Hak-Hak.
Pendapat Lord Denning dilihat tidak bercanggah pada kaca mata Majlis Privy. Pada masa dahulu, pendapat yang bersifat menentang tidak boleh dibenarkan. Dari satu segi, Lord Denning adalah betul.
Tidak ada sesiapa pun boleh dihalang dari mendapatkan pembelaan di mahkamah undang-undang.
Tetapi dalam kes yang menjadi persoalan ini, isu ini dirujuk kepada Majlis Privy bagi mendapatkan pandangannya. Perbuatan ini telah mendahului tindakan writ saman. Jika sekiranya isu ini diputuskan oleh mahkamah undang-undang, hak istimewa Parlimen masih merupakan satu langkah pembelaan yang lengkap.
Memandangkan anda kini telah dapat memahami undang-undang, anda akan akui bahawa terdapatnya pemisahan kuasa-kuasa di antara eksekutif kerajaan dan badan kehakiman.
Anda juga tahu makna sebenar kebebasan para hakim. Anda juga pasti bahawa pemisahan di antara kuasa eksekutif dan kuasa kehakiman adalah sesuatu yang benar. Ia bukan mitos. Ia adalah undang-undang negara ini.
Hanya para hakim yang terlibat dalam membuat keputusan-keputusan dalam menangani krisis Perak baru-baru ini yang memilih untuk mengelirukan orang awam kerana enggan melaksanakan undang-undang seperti mana yang termaktub.
Tetapi kepada para hakim yang bermaruah dan para peguam yang berdedikasi serta rakyat di negara ini yang berfikir secara waras, saya menyeru supaya anda tidak meninggalkan perjuangan.
Teruskan membuat komen tentang tingkah laku mereka dalam mahkamah. Teruskan menulis artikel-artikel mengenai keputusan- keputusan mereka yang tidak mematuhi dan melaksana undang-undang seperti yang termaktub.
Didiklah orang awam mengenai hak-hak mereka dan dalam mengaplikasikan undang-undang menurut sesuatu keputusan itu.
Sekiranya mereka memilih untuk menyeleweng atau menjauhi darinya – dan mereka sedar tentang perkara itu – maka mereka adalah bersalah kerana menyalah guna kuasa. Lihat muka surat 319 dari buku ‘What Next in the Law’ oleh Lord Denning.
Bagi saya, saya akan berusaha supaya nama mereka yang jahat ini akan terus dikenang tentang kejahatan mereka untuk pengetahuan generasi yang akan datang kecuali jika mereka menginsafi akan kesilapan-kesilapan tentang apa yang mereka lakukan terhadap
rakyat dan negara ini.
Saya akan menulis belasungkawa apabila mereka meninggal dunia. Jika mereka hidup lebih lama daripada saya, nescaya akan ada orang lain yang akan menggantikan tempat saya.
* N H Chan menyertai badan guaman pada tahun 1961 dan bertugas sebagai peguam hampir dua dekad sebelum dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat di Mahkamah Rayuan sebelum bersara pada tahun 2000.
Beliau mengarang dua buah buku, ‘Judging the Judges’ (2007) dan ‘How to Judge the Judges’.
No comments:
Post a Comment