tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, February 8, 2010

Kontraktor Melayu dapat 44 kontrak RM68 juta

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata daripada 66 projek kerajaan Pulau Pinang dalam tempoh dua tahun lepas, 44 daripadanya bernilai RM68 juta diberikan kepada kontraktor Melayu.

Projek-projek itu adalah berkaitan dengan kerja pemasangan paip oleh Perbadanan Bekalan Air (PBA), katanya kepada pemberita hari ini.

Lim juga berkata sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan projek oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) juga diberikan kepada kontraktor Melayu.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut nilai projek-projek itu.

Katanya dengan amalan sistem tender terbuka, kontraktor yang mempunyai kebolehan tidak perlu lagi ke luar negara untuk mendapatkan projek.- Bernama

No comments: