"Tiada sebab bagi saya melucutkan diri kerana dengan berbuat demikian akan dilihat sebagai melarikan diri daripada tanggung jawab dan amanah saya sebagai hakim," katanya.
Mohamad Zabidin berkata untuk membolehkan beliau menarik diri, pihak pembelaan perlu menunjukkan bahawa hakim yang mendengar kes bertindak berat sebelah ataupun mungkin bertindak berat sebelah.
"Pemohon juga perlu menunjukkan kepada mahkamah bahawa hakim mungkin membuat keputusan bukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah tetapi berdasarkan perkara-perkara lain," katanya.
Peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar, membuat permohonan itu setelah Mohamad Zabidin menolak permohonan pihak pembelaan berhubung dua artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.Perbicaraan ini dipantau oleh masyarakat antarabangsa dengan teliti berikutan tuntutan dari ahli parlimen Australia dan juga pemimpin dunia lain yang mahukan dakwaan berkenaan digugurkan.
Dengan keputusan tidak mengundurkan dirinya, perbicaran kes liwat yang membabitkan mantan timbalan perdana menteri itu akan bersambung dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat disoal siasat oleh peguambela Anwar.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.Anwar, semalam juga gagal dalam permohonannya supaya kes liwatnya diketepikan apabila mahkamah rayuan membuat keputusan perbicaraan perlu diteruskan.
Mereka ialah Dr Brian McDonald, seorang pakar DNA expert dari Sydney, Australia, dan pakar forensik India, Dr C Damodaran, dari Chennai serta Dr David Wells dari Melbourne, Australia.
Anwar tiba pada jam 9.40 pagi dengan ditemani oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bekas setiausaha agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar, supremo DAP Lim Kit Siang dan menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Sementara itu, Bernama melaporkan pada permulaan perbicaraan hari ini, mahkamah mendengar pertikaman lidah antara Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden apabila Mohamed Yusof memohon penjelasan sama ada pihak pembelaan berhasrat untuk merayu berhubung keputusan hari ini.
Mohamed Yusof berkata jika pihak pembelaan berjaya dalam rayuannya, keseluruhan prosiding setakat ini perlu dibuang.
"Ia bukan persoalan sama ada kami akan membuat rayuan tetapi kami tidak mahu dituduh mengamalkan taktik melambat-lambatkan.
"Kami bersedia meneruskan perbicaraan ini memadangkan terlalu banyak elemen terlibat yang menyaksikan satu bantahan di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia semalam yang diketuai Pemuda Umno dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN)," katanya.
Kira-kira 500 orang diketuai oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkumpul di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur semalam bagi membantah dakwaan mengenai tekanan yang dibuat oleh 50 Anggota Parlimen Australia ke atas kerajaan Malaysia bagi menggugurkan dakwaan liwat terhadap Anwar.
Mohamed Yusof berkata pihak pendakwaan tidak pernah menuduh pihak pembelaan dengan taktik melambat-lambatkan perbicaraan tetapi Karpal Singh sendiri yang membangkitkan perkara itu.
"Kami semua bertanggung jawab dengan rakyat Malaysia dan mereka ingin tahu kebenaran," katanya.
Anwar, yang duduk di kandang tertuduh berkata:" Ya, untuk kebenaran, tapi bukan penipuan yang terang-terangan".
Karpal Singh berkata mahkamah tidak boleh menyalahkan Anwar atas apa yang diperkatakannya kerana "ia adalah penipuan yang terang-terangan".
Pada waktu itu, Hakim Mohamad Zabidin meminta Karpal Singh untuk memberikan jaminan bahawa pihak pembelaan akan memfailkan rayuan esok.
"Jika dibiarkan perkara ini (keputusan itu), bila Mahkamah Rayuan mendapati keputusan saya yang tidak menarik diri adalah silap, maka semua keterangan yang sedia ada akan dibuang," katanya.
Pada perbicaraan hari ini, fokus media dan orang ramai di galeri awam adalah terhadap tiga pakar perubatan yang dilantik oleh pasukan pembelaan Anwar.
No comments:
Post a Comment