tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, February 2, 2010

MK : Perbicaraan liwat II bersambung petang ini

Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersambung petang ini, menurut peguam utamanya, Karpal Singh selepas pertemuan dengan presiden mahkamah rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriffin di Putrajaya, pagi ini.

Karpal juga berkata Alauddin akan menetapkan minggu ini satu tarikh bagi satu semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang
menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak pendakwaan bagi tujuan pembelaannya.

Pagi semalam, pasukan pembelaan Anwar mengemukakan permohonan agar keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat pada 29 Jan lalu itu, disemak semula.Kedua-dua pihak berhujah lebih 40 minit sebelum Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan tiada sebab-sebab khas bagi menangguhkan perbicaraan dan mengarahkan ia disambung.
Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ahli parlimen Permatang Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Perbicaraan dijadualkan hari ini pada jam 2.30 petang.

No comments: