KUALA LUMPUR: Pasukan pendakwa raya, dalam perbicaraan tuduhan liwat yang dihadapi Anwar Ibrahim, mendakwa mereka akan mengemukakan sampel air mani yang dikeluarkan dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, kepunyaan Anwar disahkan oleh Jabatan
Kimia.
Bagaimanapun mereka yang mengikuti perbicaraan ini tentu mahu membaca artikel Raja Petra Kamarudin yang dipos dalam blognya Mei lalu.
Blogger itu, yang kini hidup dalam buangan, menulis:
“Memandangkan tidak ada doktor di Pusrawi atau Hospital Kuala Lumpur yang mahu bekerjasama dengan pihak polis, satu ‘bukti’ terakhir adalah seluar dalam Saiful.
Okay, tidak ada kesan air mani Anwar pada seluar dalam Saiful. Tetapi ini perkara kecil. Selagi ada orang di Jabatan Kimia sanggup memberi keterangan bahawa mereka telah memeriksa seluar dalam Saiful dan mereka menemui kesan air mani Anwar padanya, maka itu sudah cukup.”
Mereka boleh ‘membina’ kes ini terhadap Anwar dan mendakwa beliau melakukan liwat berdasarkan ‘bukti’ ini dari Jabatan Kimia.”
Bernama semalam melaporkan bahawa Pendakwa Raya Agung 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata dalam kenyataan pembukaannya bahawa selain dari keterangan Saiful, pihak pendakwaan akan mengemukakan bukti forensik daripada doktor-doktor dan para ahli kimia sebagai bukti kukuh dan berbentuk dokumentari.
Beliau berkata pihak pendakwa raya akan mengemukakan bukti menunjukkan bahawa pada 26 Jun 2008, ketika di pejabat, Anwar meminta Mohd Saiful, pembantunya ketika itu, pergi ke Desa Kondominium, Bukit Damansara pada jam 2.30 petang.
Selepas Saiful memberi keterangan sebagai saksi pertama dengan agak ringkas mengenai pertemuannya dengan Anwar di kondominium tersebut, perbicaraan ditangguhkan selepas hakim membenarkan permohonan pihak pembela memberi keterangan secara tertutup esok.
No comments:
Post a Comment