tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Thursday, February 11, 2010

Musa Hassan’s crisis of confidence (UPDATED with BM Translation)



Going by the sentiments of the police officers, even if the MACC issues a statement denying this incident very few will believe that denial. They will insist that the MACC is lying and that this is just a cover-up. How do you stay on as IGP if this is how your men look at you?

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

The story making its rounds amongst the officers of the Royal Malaysian Police is that Musa Hassan’s house was raided by the MACC on Sunday and they found an exceptionally large amount of cash hidden in his house.

This story has spread the length and breadth of this country and every policeman and his dog is talking about it. The ironical part about this whole thing is not that the police officers believe this story. It is the fact that they are relating this story with glee and excitement while calling Musa IGP Bodoh is what is.

According to the talk amongst the police officers, the Deputy Director of the Negeri Sembilan branch of the MACC led a predominantly female team of officers to raid Musa’s house. Why they conducted the raid and why Negeri Sembilan and how much cash was found other than it was a very huge amount was never explained.

It seems Musa was then summoned to the MACC office where he spent three hours for his statement to be recorded. Musa, the story goes, informed the MACC that he is resigning next month and has in fact already submitted his resignation letter. He then pleaded with the MACC to allow him to ‘retire in peace’.

Now, if it was just one police officer talking about it then I would place the story in the suspect tray and label it as unfounded rumours. But when so many are repeating the same story from Kedah all the way down to Johor then it is very difficult to brush it off without further investigation.

The mainstream media does not appear to have picked up the story in spite of so many police officers talking about the alleged incident and some even swearing on their mother’s grave that is it true. A check with the MACC head office in Putrajaya bore no results. They in fact denied the incident.

So who to believe? The so many police officers that are talking about it or the MACC who said no such thing happened and who would never lie in a million years?

Anyway, what is more important here is not whether the story is true or not. Okay, that is important. But that is not what is bugging me. In the end, 90% of rumours in Malaysia always end up as the truth. Sometimes it may take many years but eventually the truth will surface. So in time we shall know whether this story is true or not.

What is of more concern to me is that it is the police officers themselves who are talking about it. And I should know considering many of them report to me. And they are talking about it excitedly, as if it is fantastic news. It is like they are so pleased that their boss, the top dog in the police force, has been caught with his pants down.

And the fact that they address their boss with great disrespect by calling him IGP Bodoh speaks volumes about what they think of him.

This demonstrates a serious crisis of confidence. If your own men think very lowly of you and make disparaging remarks about you then there is no way you can continue to lead them. How can you continue to lead them when they do not consider you their leader?

So, the truth or otherwise of this story is one issue but not yet the main issue. It could be true then again it may not. But the fact that it is the police officers from all over the country who are spreading this story and are doing so with glee while calling Musa names means there is something terribly wrong here.

Going by the sentiments of the police officers, even if the MACC issues a statement denying this incident very few will believe that denial. They will insist that the MACC is lying and that this is just a cover-up. How do you stay on as IGP if this is how your men look at you?

Anyway, let’s see what stories surface over the next few days. Let’s also see whether it is true that the IGP has tendered his resignation letter and will leave in March as how the story goes. Time will tell and March is only next month. Maybe the MACC might even come out with a statement over the next few days to deny this incident and lay everything to rest.

But that one question still remains. Can the IGP win back the respect and confidence of his officers or has it been lost for good? And, therefore, should the IGP really go in March or stay on one more term until 2011, his fourth term, as the ‘other’ story goes?

Hmm…is it not ironical that the police warn Bloggers about spreading rumours when rumour mongering is rampant amongst the police officers themselves?

Anyhow, me being the conspiracy theory buff that I am, I will always look beyond the stories and rumours and ask: who stands to gain out of all this?

The Deputy IGP was most hurt when Musa said he had to stay on as IGP because there is no suitable successor. Musa is saying that his number two is not good enough to take over so he (Musa) needs to stay on until the day he dies. So the Deputy IGP would be one beneficiary in this whole thing.

Next, of course, would be the new MACC boss. He swore to clean up the country of corruption and said we can kick him on his backside if he does not do this. Could roping in the top dog of the police force be that feather in his cap that he needs to ‘walk the talk’? After all, he is on an eight-year contract and he has to make sure he serves out his full term and not get kicked out halfway.

Nevertheless, while this may be good news in the event it is true, we must remember that someone can get charged only if the Attorney-General and the Prime Minister allows it. Therefore, even if the story is true, let us not assume that Musa is going to jail. The AG and PM will have to say yes before it will happen.

Translated into BM by Jason:
Krisis keyakinan Musa Hassan

Berdasarkan sentimen para pegawai polis, maka kalau pun SPRM menyangkal insiden itu, sangat sedikit yang akan mempercayainya. Mereka akan berkeras bahawa SPRM berbohong dan cuba menutup cerita itu. Jika inilah anggapan para pegawai anda terhadap anda, maka mampukah anda meneruskan tugas sebagai IGP?

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin


Ada cerita yang sedang tersebar di kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ceritanya adalah adalah bahawa rumah Musa Hassan diserbu oleh SPRM pada hari Ahad dan mereka menemui sejumlah wang yang sangat besar yang tersembunyi di rumahnya.

Cerita ni dah tersebar ke seluruh pelusuk negara, dan setiap anggota polis dan anjingnya sedang bercakap mengenainya. Yang ironisnya tentang semua ini adalah bahawa anggota PDRM mempercayainya. Hakikatnya adalah mereka kini sedang menyebarkan khabar ini dengan senang hati sambil menggelarkan Musa IGP Bodoh.

Menurut cakap-cakap antara pegawai polis, Timbalan Pengarah SPRM Negeri Sembilan bersama pasukan yang kebanyakannya terdiri daripada wanita menyerbu rumah Musa. Walaupun demikian, sebab serbuan itu dilakukan dan sebab ia dilakukan SPRM Negeri Sembilan serta jumlah wang yang ditemui (selain bahawa ia jumlah yang sangat besar) tidak diberitahu.

Menurut cerita, Musa kemudiannya dipanggil ke pejabat SPRM, di mana keterangannya diambil selama tiga jam. Menurut cerita itu lagi, Musa memberitahu SPRM bahawa dia akan meletakkan jawatan pada bulan depan, bahkan sudah pun menyerahkan surat peletakan jawatannya. Dia kemudiannya merayu kepada SPRM supaya membiarkannya 'bersara dengan aman'.

Kalau hanya seorang pegawai polis yang bercakap tentang hal ni, maka saya akan menganggapnya sebagai khabar angin yang tidak berasas. Tetapi apabila begitu ramai yang memperkatakan mengenainya, yakni dari Kedah sampai ke Johor, maka adalah sangat sukar bagi mengabaikannya tanpa melakukan siasatan lanjut.

Nampaknya, media arus perdana tidak menyiarkan berita ni walaupun ramai pegawai polis yang memperkatakan mengenai insiden yang kononnya telah berlaku itu. Bahkan ada yang sanggup bersumpah atas kubur ibunya bahawa ia adalah benar. Risik-risik ke atas ibu pejabat SPRM di Putrajaya tidak membuahkan hasil. Malah mereka menafikannya.

Jadi, kita nak percaya siapa sekarang? Adakah kita akan mempercayai begitu ramai pegawai polis yang sedang memperkatakan mengenainya ataupun SPRM yang mengatakan bahawa ia tidak berlaku, iaitu SPRM sebagai entiti yang takkan pernah berbohong?

Apa yang lebih penting di sini bukanlah sama ada cerita tu benar ataupun tak. Okeylah… okeylah, itu pun penting. Tetapi bukan tu yang mengusik fikiran saya. Lagipun, di Malaysia, 90% dari khabar angin akhirnya ternyata benar. Kadang-kadang, ia memakan masa bertahun-tahun, tetapi akhirnya, kebenaran terungkap jua. Jadi, lambat-laun, kita akan tahu juga sama ada cerita tu benar ataupun tidak.

Perkara yang lebih menarik perhatian saya adalah bahawa para pegawai polis sendiri yang bercakap tentangnya. Saya tahu hakikat ni kerana ramai antara pegawai PDRM yang menjadi orang dalam saya. Malah mereka memperkatakannya dengan penuh semangat, seolah-olah ia adalah berita baik. Mereka seakan amat gembira bahawa bos mereka dah terperangkap.

Hakikat bahawa mereka menggelar bos mereka dengan panggilan yang begitu menghina, iaitu IGP Bodoh menggambarkan pandangan mereka terhadapnya.

Ini mengisyaratkan kewujudan krisis keyakinan yang serius. Jika anak buah anda memandang rendah dan membuat komentar yang meremehkan anda, maka tak mungkin anda dapat terus memimpin mereka. Yalah, mana mungkin anda dapat terus memimpin mereka jika anda tidak lagi dianggap sebagai pemimpin? Ye tak?

Jadi, sama ada cerita tu benar ataupun tak adalah satu isu. Tetapi ia bukan isu utama. Ia mungkin benar ataupun tidak. Tetapi hakikat bahawa ia disebarkan oleh pegawai polis dari seluruh pelusuk negara, malah mereka memperkatakan mengenainya dengan gembira sambil menggelarkan Musa dengan macam-macam nama jelas menunjukkan bahawa ada benda yang sangat tidak kena.

Berdasarkan sentimen para pegawai polis, maka kalau pun SPRM menyangkal insiden itu, sangat sedikit yang akan mempercayainya. Mereka akan berkeras bahawa SPRM berbohong dan cuba menutup cerita itu. Jika inilah anggapan para pegawai anda terhadap anda, maka mampukah anda meneruskan tugas sebagai IGP?

Mari kita saksikan cerita apa pula yang muncul selama beberapa hari yang mendatang. Mari kita tunggu dan lihat sama ada benar ataupun tidak bahawa IGP telah menghantar surat peletakan jawatannya, dan akan berhenti pada bulan Mac, sebagaimana yang terkandung dalam cerita tu. Mac pun bukannya lama lagi. Bulan depan je. Mungkin juga SPRM akan mengeluarkan kenyataan bagi menyangkal insiden tu.

Tetapi ada satu soalan yang masih perlu dijawab. Bolehkah IGP memenangi kembali rasa hormat dan keyakinan para pegawainya ataupun adakah ia sudah hilang buat selamanya? Dalam hal ini, patutkah IGP berhenti pada bulan Mac ataupun terus berkhidmat hingga 2011, iaitu penggalnya yang keempat, sebagaimana yang dinyatakan dalam cerita ‘yang satu lagi’?

Mmm… bukankah ia suatu yang ironik apabila polis memberi amaran kepada para blogger supaya tidak menyebarkan khabar angin, dan pada masa yang sama, mereka sendiri menyebarkan khabar angin?

Walau bagaimanapun, saya sebagai penggemar teori konspirasi akan melihat yang tersirat di sebalik setiap cerita dan khabar angin, dan bertanya: siapakah yang mendapat manfaat yang paling besar dari khabar angin ni?

Timbalan IGP menanggung akibat yang paling parah apabila Musa berkata bahawa dia terpaksa kekal sebagai IGP disebabkan ketiadaan pengganti yang sesuai. Menurut Musa, timbalannya tak cukup bagus untuk mengambil alih. Maka dia (Musa) perlu menjadi IGP seumur hidupnya. Jadi, Timbalan IGP adalah salah seorang individu yang mendapat manfaat dari khabar angin ni.

Individu yang seterusnya (yang mendapat manfaat dari khabar angin ni) adalah bos baru SPRM. Dia bersumpah untuk membersihkan negara ni dari rasuah dan berkata bahawa kita dibenarkan menendang buntutnya jika dia tidak melakukannya. Dapatkah dia membuktikan komitmennya dengan menangkap pegawai polis nombor satu negara? Lagipun, dia diberi kontrak lapan tahun dan dia perlu memastikan bahawa dia dapat menghabiskan kontraknya, dan bukannya diusir separuh jalan.

Sementara ini mungkin khabar baik sekiranya ia benar, namun kita perlu ingat bahawa seseorang hanya boleh didakwa apabila Peguam Negara dan Perdana Menteri mengizinkannya. Jadi, kalau pun cerita ini benar, janganlah kita mengandaikan bahawa Musa akan dipenjarakan. Sebelum itu dapat menjadi realiti, ‘perkenan’ daripada Peguam Negara dan Perdana Menteri diperlukan.

No comments: