tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Wednesday, March 3, 2010

Anwar v Mahathir: Dua hakim tarik diri

anwar vs mahathir PUTRAJAYA: Dua hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes saman berjumlah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mantan Tun Dr Mahathir Mohamad telah menarik diri semalam.

Hakim Hashim Yusoff dan Zulkefli Ahmad Makinuddin bersetuju untuk mengundur diri dari mendengar kes itu selepas permohonan dibuat oleh peguam Anwar, Karpal Singh.

Karpal menyatakan terdapat tanggapan berat sebelah kerana Hashim dan Zulkefli pernah mendengar permohonan Anwar dalam kes terdahulu memperikaikan penyingkiran beliau dari jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan tahun 1998 dari sudut perlembagaan.


Beliau juga menyatakan bahawa kedua-dua parti, Anwar dan Dr Mahathir, juga terlibat dalam dua permohonan rayuan.

Oleh itu,kedua-dua hakim yang mendengar kes itu harus menarik diri.

Berikutan penarikan diri kedua-dua hakim tersebut, hanya hakim Arifin Zakaria yang juga Ketua Hakim Malaya sahaja yang tinggal dalam panel. Dua hakim baru akan dilantik minggu depan untuk menggantikan Hashim dan Zulkefli.

Pada 26 Januari 2006, Anwar memfailkan saman ganti rugi mendakwa kenyataan Dr Mahathir menyebut beliau sebagai homoseksual dan bertujuan untuk memburuk-burukkan nama beliau dan menjatuhkan martabat beliau atas kapasiti peribadi beliau sebagai bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Pada 4 Julai 2007, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman Anwar dengan kos selepas mahkamah membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk membuang kes itu.

Anwar kemudian memohon rayuan kepada Mahkamah Rayuan tetapi telah ditolak pada 10 Oktober tahun lalu.
– The Star

No comments: