tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, March 21, 2010

FMT : Samy buat kejutan: MIC ada 50,000 ahli Melayu, Cina

samy20vellu Oleh B Nantha Kumar

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Samy Vellu membuat kejutan dengan mendakwa parti masyarakat India, MIC mempunyai 50,000 ahli dari bangsa Melayu dan Cina pada mesyuarat jawatankuasa pusat (CWC) kelmarin.
Seorang ahli CWC, yang enggan dirinya dikenali, mengesahkan semalam bahawa Samy Vellu, yang menerajui parti itu sejak 1979, mendedahkan perkara ini dalam mesyuarat tertutup di ibu pejabat parti di sini.

"Memang benar. Tapi Samy Vellu juga menerangkan parti tidak mendaftarkan ahli-ahli bukan India secara sengaja," kata beliau kepada  Free Malaysia Today.

Menurut beliau, Samy Vellu berkata apabila usaha pengesahan cawangan dijalankan, pengerusi-pengerusi peringkat cawangan menyerahkan senarai pengundi untuk menunjukkan jumlah ahli mereka.

"Nama dalam senarai pengundi adalah nama orang-orang India tetapi apabila pemeriksaan nombor-nombor kad pengenalan dijalankan, didapati mereka ialah sama ada bangsa Melayu atau Cina," tambah beliau.

Jumlah ahli dipertikai (tajuk kecil) Kata ahli CWC itu, keadaan ini menyebabkan naib presiden KS Nijhar bertanya kepada presiden berapa jumlah ahli MIC yang sebenar.

Selepas itu, bendahari parti Jaspal Singh memetik dari laporan tahunan MIC yang menyatakan sebanyak RM615,550 yuran ahli telah dikutip dan berdasarkan jumlah ini bermakna MIC mempunyai seramai 410,000 ahli.

Ini memperlihatkan perbezaan yang ketara dengan dakwaan Samy Vellu sebelum ini yang menyatakan komponen parti Barisan Nasional itu mempunyai lebih 600,000 ahli.

Sementara itu, sumber dalaman parti mempertikaikan MIC mempunyai keahlian seramai 410,000 dan meminta Samy Vellu menceritakan perkara yang sebenar.

Dalam perkembangan yang lain, Samy Vellu menepis soalan mengenai cadangan nama-nama bagi mewakili parti dalam lembaga pengarah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs).

Telefon bimbang diarah tutup (tajuk kecil) Menjawab soalan daripada seorang ahli CWC beliau berkata, "tidak ada sebab saya perlu memberitahu kamu.  Ini adalah antara saya dengan menteri berkenaan."

Terdapat desas desus bahawa beberapa ahli CWC tidak berpuas hati dengan beberapa pelantikan yang dibuat oleh Samy Vellu berhubung GLCs.

Presiden MIC itu juga enggan memberi komen mengenai kemungkinan bekas naib presiden S Sothinathan dilantik sebagai pengarah anak syarikat MIC, Maju Institute of Education Development (MIED).

Hubungan di antara Sothinathan dengan mentornya, Samy Vellu menjadi keruh apabila Sothinathan membuat keputusan untuk bertanding jawatan timbalan presiden dalam pilihan raya parti tahun lalu walaupun dilarang oleh Samy Vellu dari berbuat demikian.

Bagaimanapun, hubungan di antara kedua-dua mereka dikatakan kembali pulih.

Mesyuarat CWC itu juga merupakan buat kali pertama apabila Samy Vellu mengarahkan semua ahli-ahli menutup telefon bimbit masing-masing sebab beliau bimbang prosiding mesyuarat dirakam.

No comments: