tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, March 8, 2010

FMT : Kutip hutang Talam bantu rakyat miskin

khalid0SHAH ALAM: Selangor berjaya mengutip sebanyak RM50 juta dari jumlah RM391.7 juta dari Talam Corporation Bhd, jumlah hutang yang diambil alih oleh kerajaan negeri dalam usaha mendapatkan semula hutang tersebut.

"Jumlah ini merupakan jumlah yang berjaya dikutip kembali melalui Perbadanan Pejabat Menteri Besar sejak membeli hutang Talam pada bulan November lalu yang akan disalurkan ke dalam program mikro-kredit baru untuk orang-orang miskin," kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Bercakap kepada para pemberita selepas menyerahkan surat-surat kuasa kepada 368 ketua kampung di sini semalam, kutipan hutang ini akan ditukar menjadi modal untuk rakyat di luar bandar memulakan perniagaan, satu program yang dilaksanakan dalam tempuh dua bulan.
Khalid berkata, "program ini mirip Qardhul Hasan, konsep perbankan Islam, yang dilaksanakan dengan jayanya oleh sebuah bank di Bangladesh untuk membantu orang-orang miskin.

Beliau menambah, sebuah jawatankuasa khusus, yang diketuai oleh Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat Istiadat Melayu,Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Hasan Ali, akan dibentuk untuk membangunkan program ini.

"Golongan miskin dan mereka yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan boleh memohon pinjaman kecil untuk memula atau mengembangkan perniagaan mereka.

Program ini akan disalurkan juga kepada golongan miskin bandar kemudian nanti," katanya.

Menurut beliau, seramai 368 ketua kampung telah dilantik untuk mengetuai Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan membantu penghulu-penghulu dan para pegawai daerah di kawasan pentadbiran masing-masing.

Selangor katanya, juga bersetuju untuk menguntukan sebanyak 10% dari keuntungan hasil perlombongan pasir oleh syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd tahun lepas untuk diagihkan sebagai bonus kepada 6,690 ketua kampung dan ahli-ahli JKKK dari 368 kampung dan 78 kampung-kampung baru. – The Star

No comments: