tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Wednesday, March 3, 2010

Ringkasan Kronologi PROJEK eTANAH

Usaha pertama 2005-2007 di Pulau Pinang (5 daerah) dengan kos RM66J GAGAL, anugerah semula kepada kumpulan syarikat yang sama (mudahan kali ni depa berjaya selepas satu kali gagal) untuk Melaka (3 daerah) dan Negeri Sembilan (8 daerah) dengan kos kontrak sebanyak RM130J. Seronok buat biz macam ni, gagal pun masih boleh dapat kontrak baru yang sama beratus juta! Hai kesianlah rakyat Melaka dan Negeri Sembilan!!

By Kamaruddin Mohamad

1980 - Kementerian Tanah dan Koperasi (KTK) telah memperkenal dan melaksanakan Sistem Pungutan Hasil Tanah (SPHT).

1994 - KTK telah memperkenal dan melaksanakan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB)

2004 - KTK memperkenalkan Projek eTanah yang lebih menyeluruh. Tender untuk pelaksanaan Projek Pemandu eTanah di Pulau Pinang dikeluarkan dan seterusnya melantik sebuah syarikat tempatan untuk melaksanakannya tetapi telah dibatalkan pada tahun yang sama. Pilihanraya Umum Malaysia dan Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (KSAAS) mengambil alih dari Kementerian Tanah dan Koperasi (KTK).

2005 - Kabinet meluluskan peruntukan sebanyak RM840Juta kepada KSAAS untuk pelaksanaan Projek eTanah di semua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. KSAAS telah melantik Syarikat ILaunch Sdn. Bhd., melaksanakan Projek Pemandu eTanah di Pulau Pinang selama 3 tahun (Oktober 2005 – www.etanah.gov.my) melalui proses tender dengan kos sebanyak RM66J.

2007 - YAB Dato’ Sri Abdul Najib bin Tun Razak (Timbalan Perdana Menteri) diberi penghormatan melancarkan Projek eTanah Pulau Pinang (Oktober 2007). Projek eTanah Pulau Pinang dilaporkan GAGAL oleh media tempatan (Disember 2007).

2008 - Isu kegagalan Projek eTanah Pulau Pinang telah dibawa ke Dewan Rakyat (Laporan Hansard - 29 Oktober 2008).

2009 - KSAAS memaklumkan kesinambungan pelaksanaan Projek eTanah ke Negeri Sembilan dan Melaka oleh kumpulan syarikat yang sama (5 Ogos 2009, www.etanah.gov.my) dengan kos sebanyak RM130J

2010 - NO. TENDER: JKPTG T06/2010 - TENDER PEROLEHAN PERKHIDMATAN SOKONGAN TEKNIKAL PROJEK PERINTIS e-TANAH PULAU PINANG UNTUK JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN, KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR. Buka 19 Februari 2010, tutup 9 Mac 2010.

Usaha pertama 2005-2007 di Pulau Pinang (5 daerah) dengan kos RM66J GAGAL, anugerah semula kepada kumpulan syarikat yang sama (mudahan kali ni depa berjaya selepas satu kali gagal) untuk Melaka (3 daerah) dan Negeri Sembilan (8 daerah) dengan kos kontrak sebanyak RM130J. Seronok buat biz macam ni, gagal pun masih boleh dapat kontrak baru yang sama beratus juta! Hai kesianlah rakyat Melaka dan Negeri Sembilan!!

Camne dengan Projek eTanah di Pulau Pinang? Depa dah tak larat nak guna sistem kantoi tu. Jadi untuk mengaburi mata rakyat Malaysia yang katanya dah rabun, depa keluarkan tender baru – perlukan khidmat sokongan teknikal untuk eTanah Pulau Pinang! Ha ha ha ha! Dalam dunia IT, samalah dengan nak buat baru atau semula kerana takda syarikat yang mahu jadi pak sanggup mendukong biawak hidup – siapa sanggup beri khidmat sokongan sistem yang kantoi! Nak cari nahas!! Nampak gayenya, kos untuk tender semula ni ---- agak2 berapa ye?

No comments: